Soalan Lazim (FAQ): Pembelian Melalui Kedai Online

Antara soalan lazim (FAQ) berkaitan pembelian produk melalui kedai online adalah:.

1. Bila tempahan saya akan dipos?
2. Bila tempahan saya akan sampai?
3. Bayaran saya dah terima tak?
4. Order saya belum sampai lagi. Encik sudah pos kan?

 

Untuk mendapat jawapan pada kesemua persoalan tersebut, ia memerlukan komunikasi antara anda sebagai pembeli & penjual.

Pastikan anda sebagai pelanggan online dapat menghubungi penjual terlebih dahulu sebelum meneruskan tempahan & bayaran.

Anda boleh menghubungi penjual sama ada melalui panggilan suara (selalunya sukar dijawab terutama yang menggunakan talian mudahalih), mesej (sms, whatsApp, FB Messenger dll). Pilihan komunikasi melalui mesej adalah disarankan. Komunikasi ini untuk memastikan aktiviti perniagaan online mereka masih aktif & anda tidak membuat bayaran kepada peniaga online yang telah bersara!

Ini kerana ada kemungkinan penjual online telah lama meninggalkan aktiviti perniagaan mereka walaupun kelihatannya web/blog mereka masih boleh dicapai. Ini berlaku terutamanya kepada peniaga yang menggunakan media web percuma seperti WordPress & Blogspot di mana kandungan web yang telah mereka siarkan (published) tidak ada tarikh luput (service expiry date).

Situasi begini juga boleh berlaku kepada peniaga online yang menggunakan servis web berbayar (selalunya nama web tanpa nama WordPress atau Blogspot). Jadi adalah penting untuk anda berkomunikasi dengan peniaga terlebih dahlulu sebelum meneruskan sebarang urusniaga.

AKAN BERSAMBUNG…

 

Both comments and pings are currently closed.