Kaedah Bayaran Maybank2u Pay

Pada akhir April 2013 lepas, pihak Maybank telah melancarkan satu produk baru perbankan online di bawah servis Maybank2U untuk membolehkan peniaga online menerima bayaran terus ke akaun maybank mereka. Servis ini dinamakan sebagai Maybank2U Pay.

Melalui servisĀ Maybank2U Pay peniaga akan memberikan satu pautan (link) yang seterusnya akan membawa pembeli yang memiliki akaun Maybank2U biasa terus login dan memasukkan jumlah bayaran: pembeli tidak lagi perlu memasukkan nombor akaun penjual. Akaun peniaga/penjual akan dilabelkan dengan satu nama khas dalam skrin Maybank2uPay. Sebagai panduan, nama khas kami di Maybank2U Pay adalah Myorder-Edaran Salindah.

Untuk panduan pilihan kaedah bayaran, klik di sini.

 

maybank2u-pay_bloglist

Kedai Online rasmi MYORDER untuk perniagaan EDARAN SALINDAH tersenarai sebagai satu dari kedai online (blogshop) yang menggunakan servis Maybank2u Pay

.

Maybank2uPay_logo Logo servis Maybank2u Pay.

.

Rujukan Berita Terdahulu:
Maybank2u Pay pantas, selamat
Maybank2u Pay to facilitate online shopping

.

Semasa proses Checkout di sistem MYORDER, seksyen Payment Information akan menyenaraikan Maybank2U Pay sebagai satu dari pilihan kaedah bayaran. Dalam ruang Purchase Order Number, anda boleh masukkan sebarang nombor atau nota di situ & teruskan proses proses sehingga tamat. Pautan (link) bayaran Maybank2U Pay kami akan disenaraikan pada akhir proses & salinanya akan diemailkan bersama invois ke email anda.

Untuk panduan membuat order online melalui sistem MYORDER, langkah demi langkah, klik di sini.

maybank2u-pay_paymentoption

Pilihan bayaran sistem MYORDER

 

Berikut adalah contoh skrin Maybank2U Pay untuk membuat bayaran ke akaunĀ Myorder-Edaran Salindah.
Panduan lanjut servis bayaran Maybank2U Pay, klik di sini.

maybank2upay_myorder-edaran-salindah

 

Ulasan Oleh:

ABDULLAH BIN ISMAIL
Pengurus Operasi
EDARAN SALINDAH
Blog: www.EdaranSalindah.com
Shop: www.MyOrder.com.my
Email: admin@edaransalindah.com
Mobile: 019-3400 826 (Call/Sms/Mms/WhatsApp/Viber/LINE)
Fax: 03-6184 2545

Edaran Salindah @ facebook.com
Page: https://www.facebook.com/edaransalindah
Groups: https://www.facebook.com/groups/rakanedaransalindah

Both comments and pings are currently closed.