Lupa Ketika Mengandung

testimoni-examo-24012013a

Sekiranya anda mengandung, kemudian kerap pula lupa, lebih banyak menghabiskan masa berkhayal dengan kerap merenung keluar tingkap daripada melakukan kerja anda yang lain, maka jangan bimbang kerana bukan hanya anda yang berhadapan dengan situasi seperti ini.

Situasi ini memang kerap melanda bakal ibu terutamanya pada trimister pertama dan terakhir kehamilan. Simptomnya boleh dikategorikan sebagai ingatan jangka pendek atau kelupaan. Walaupun ramai pakar perubatan bertelagah berkenaan isu ini, tetapi memang terdapat bukti yang menunjukkan perangkaan wanita hamil yang mengalami situasi sebegini adalah besar.

Ramai wanita hamil mendakwa mereka berhadapan dengan kegagalan untuk mengingat walaupun untuk perkara atau tugasan yang mudah. Wanita yang berkarier mula merungut kerana mudah terganggu emosi dan mereka tidak dapat bekerja dengan penuh efisien. Sehinggakan ada yang mengamalkan cara kerja yang tersusun pun turut mengadu bahawa mereka sukar memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerja ketika kehamilan.

Laporan diterbitkan oleh ‘The Australian Journal of Advanced Nursing’, mendapati 82% wanita hamil mengalami masalah kelupaan. 68% daripadanya mengalami gangguan fungsi mengingat, 54% tridak boleh member sepenuh perhatian dan 52% mengalami gejala kelupaan. Mereka berpendapat keadaan ini berlaku kerana faktor kelemahan penyerapan zat besi serta stress sewaktu mengandung.

Apakah Sebabnya?

Ramai pakar percaya, perubahan hormon yang berlaku mempunyai kaitan dengan situasi yang sulit ini. Hormon memberi kesan yang penting dan mempengaruhi sisitem tubuh termasuk sistem otak. Waktu mengandung merupakan saat dramatik perubahan hormon berlaku. Perubahan ini menyebabkan kemerosotan memori dan keberkesanan berfikir. Malah, ramai wanita turut mengadu mengalami situasi yang serupa ini semasa menjelang haid dan menopaus.

Penyelidik New Scientist mendapati imej otak wanita hamil akan mengalami sedikit pengecutan pada saiz otak di waktu tahap akhir kehamilan sejajar dengan pembesaran saiz kelenjar pitutari.

Saranan Penyelesaian Yang Disyorkan

 

salindah set hamil & set bersalin Keperluan pemakanan yang seimbang adalah perlu kepada ibu dan anak yang dikandung agar sentiasa sihat. Jesteru, Pengambilan Set Salindah adalah disyorkan untuk membekalkan keperluan mineral dan vitamin untuk wanita yang mengandung.

Untuk kesihatan minda pula, pengambilan Examo-CKM500 secara berkala 2 biji 3 kali sehari adalah memadai bagi mengurangkan risiko kelupaan sewaktu hamil.

Kalium bertindak member kesan ketenangan kepada minda serta melenakkan tidur. Sesuai untuk bakal ibu yang mengalami perubahan hormon progesteron yang menyebabkan sakit kepala, perubahan mood dan keletihan minda.

Latihan fizikal yang bersesuaian akan membantu pengedaran darah dan membolehkan otak menjadi sihat. Perbanyakkan membaca surah-surah Al-Quran juga disarankan sewaktu mengandung seperti surah Yusof, Surah Luqman, surah Maryam dan Surah An-Nahl. Amalan-amalan berbentuk spiritual ini boleh memberi ketenangan kepada emosi dan mental, bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berperibadi hebat, InshaAllah.

Rujukan Lanjut:
Testimoni Examo
Testimoni Salindah

Tulisan asal oleh: Dr. (H) Che Nor Mawan bt Idris

Both comments and pings are currently closed.