MALAM ANUGERAH KUSDA HOLDINGS

Malam Anugerah Kusda Holdings Sdn Bhd

Tarikh:  17 Mei 2014
Masa:     8.00 – 11.00 malam
Lokasi:  TH Hotel and Convention Centre, Alor Setar, Kedah

Alhamdulillah wakil Edaran Salindah, En Abdullah bin Ismail telah hadir dalam majlis tersebut sebagai salah seorang daripada penerima anugerah.

malam-anugerh-kusda-holdings

Sinopsis:
(Sumber Maklumat: www.eraedar.com.my)

Malam Anugerah KUSDA HOLDINGS SDN. BHD. bakal berlangsung di TH HOTEL and CONVENTION CENTRE pada malam 17 hb Mei 2014.

Anugerah yang bakal berlangsung ini akan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mana-mana Individu, Pusat khidmat EEMSB, Outlet EEMSB, staf-staf di bawah KUSDA dan lain-lain yang cukup komited dalam membantu memaju dan menaikkan nama syarikat. Dengan adanya “Anugerah dan Pengiktirafan” seperti ini, akan lebih menyuntik semangat kepada semua yang terlibat untuk meningkatkan lagi usaha di masa hadapan, Insya’allah.

Tarikh: 17 hb Mei 2014
Bertempat: TH Hotel and Convention Centre, Alor Setar
Aktiviti:

  • Ucapan pembukaan
  • Jamuan makan malam meraikan semua yang terlibat, seterusnya
  • Penyampaian anugerah kepada pemenang
  • Anugerah Pelajar Bestari, EXAMO
  • Persembahan daripada staf KUSDA holdings

.

MALAM_MAJLIS_anugerah-kusda_s1

Penerbangan FY2178 wakil Edaran Salindah ke Alor Star pada pagi sebelum majlis sebelah malamnya bersama FIREFLY

.

MALAM_MAJLIS_anugerah-kusda_s2

Penangguhan penerbangan 30 minit disebabkan hujan lebat di LapanganTerbang Subang

.

MALAM_MAJLIS_anugerah-kusda_s3

Pandangan hadapan bangunan TH Hotel and Convention Centre, Alor Setar

.

MALAM_MAJLIS_anugerah-kusda_s4

Pandangan dari tingkat 6 bangunan TH Hotel and Convention Centre, Alor Setar menghala ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (bumbung merah): jarak anggaran 1 km sahaja

.

MALAM_MAJLIS_anugerah-kusda_s6

Petunjuk laluan ke majlis

.

MALAM_MAJLIS_anugerah-kusda_s5

Persembahan video korporat dan makan malam sebelum majlis anugerah

 .

malam-anugerah-kusda-holdings_o2s

Perniagaan EDARAN SALINDAH melalui En Abdullah bin Ismail telah menerima “Anugerah Outlet Harapan 2013″ dari syarikat Era Edar Marketing Sdn Bhd (EEM) di majlis MALAM ANUGERAH KUSDA HOLDINGS (KUSDA). Anugerah disampaikan oleh Haji Arifuddin bin Habib, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

.

malam-anugerah-kusda-holdings_o3s

Barisan penerima anugerah di malam tersebut

.

malam-anugerah-kusda-holdings_o1s

Pelancaran semula (relaunch) susu Examo Junior

Info lanjut berkenaan pelancaran semula susu Examo Junior, klik di sini

.

Both comments and pings are currently closed.