Order hari ini sampai esok?

Berita Edaran Salindah (Newsletter) pilihan seperti yang disiarkan ke alamat e-mail pelanggan (subscriber). Ini merupakan salinan untuk tujuan perkongsian maklumat kepada umum.

Tarikh Siaran: 01 Disember 2011

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami banyak menerima maklumbalas dari pelanggan dengan mesej “URGENT” meminta agar tempahan mereka sampai pada keesokan harinya.

Walaupun kami sebenarnya ingin ia berlaku seperti itu, namun agak mustahil kerana kekangan masa disebabkan servis penghantaran tempahan dibuat oleh pihak ke tiga iaitu sama ada CITYLINK* (untuk berat parcel melebihi 1kg) atau POSLAJU* (berat parcel kurang dari 1kg).

Jika anda ingin mendapatkan maklumat bagaimana kami memproses tempahan yang dibuat, silalah rujuk seksyen maklumat PENGHANTARAN di pautan  ini:

http://www.edaransalindah.com/main/penghantaran/

 

Kami tidak menafikan memang ada antara produk yang diperlukan secara “URGENT” seperti Susu Bayi Bio-Lac. Namun ia sebenarnya boleh dirancang untuk memenuhi kekangan masa tersebut seperti membuat order bila stok anda berbaki 2 pek sahaja atau memastikan baki akhir susu Bio-Lac sekurang-kurangnya boleh bertahan untuk tempoh 4 hari.

Kami mohon jutaan maaf kepada anda seandainya tidak dapat memenuhi hasrat anda ‘order hari ini sampai esok’. Mengikut penetapan piawai operasi kami, order biasanya sampai dalam tempoh 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh Kelompok Kurier dibuat.

Ini bermakna, anda sekurang-kurangnya terpaksa menunggu untuk tempoh 4 hari termasuk hari Kelompok Kurier untuk menerima pesanan anda.

Untuk memahami lanjut bagaimana kami memproses order anda, rujuk seksyen maklumat PENGHANTARAN di pautan  ini:

http://www.edaransalindah.com/main/penghantaran/

Nota:
* Servis kurier mungkin berubah dari masa ke masa mengikut kesesuaian.

Biasanya kami akan kemaskini status tempahan pelanggan melalui makluman e-mail & ia juga boleh disemak secara online melalui Track Shipment kami di sini:

 

http://www.edaransalindah.com/trackshipment/

 

_

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

order salindah set hamil & set bersalin

_

Mai Order–Anda Order Kami Hantar!

Kompilasi Oleh:
ABDULLAH BIN ISMAIL
Pengurus Operasi
EDARAN SALINDAH
Blog:    www.EdaranSalindah.com
Shop:   www.MyOrder.com.my
Email:  admin@edaransalindah.com
Mobile: 019-3400 826  (Call/Sms/Mms/WhatsApp/Viber/LINE)
Fax:    03-6184 2545

Edaran Salindah @ facebook.com
Page:    https://www.facebook.com/edaransalindah
Groups: https://www.facebook.com/groups/rakanedaransalindah

_

* Kemaskini Entri: 03.10.2012

 

Both comments and pings are currently closed.