Penghantaran

![]()
Semakan Akhir: Jumaat, 06.04.2012
RINGKASAN
Tempahan yang dibuat secara online melalui sistem MYORDER akan diproses untuk penghantaran secara berkelompok dan biasanya sampai antara 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh kurier dibuat bagi lokasi Malaysia Barat (Sem. Malaysia) & 3~5 hari bekerja bagi lokasi Malaysia Timur (Sabah, Sarawak, W.P Labuan).
MAKLUMAT LANJUT
Order Online
- Tempahan online melalui sistem MYORDER akan diproses untuk penghantaran secara Kelompok Kurier (Courier Batch). Kelompok Kurier dijadualkan 4 hari seminggu pada Hari Bekerja .
- Hari Bekerja untuk proses penghantaran adalah berdasarkan W.P Kuala Lumpur iaitu pada:
ISNIN,
SELASA,
RABU &
KHAMIS. - Cut Off Time proses pembungkusan parcel untuk dikurierkan adalah pada pukul 10.00pagi hari Kelompok Kurier.
- Order berbayar yang dimaklumkan bayarannya selewat-lewatnya sebelum Cut Off Time pada tarikh Kelompok Kurier akan dimasukkan dalam Kelompok Kurier tersebut. Walau bagaimanapun, tarikh Kelompok kurier sebenar di mana order anda ditempatkan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan EDARAN SALINDAH
- Servis kurier mana yang digunakan juga akan ditentukan oleh pihak Pengurusan EDARAN SALINDAH
- Parcel tempahan anda biasanya sampai antara 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh Kelompok Kurier untuk lokasi Malaysia Barat (Sem. Malaysia) & 3~5 hari bekerja bagi lokasi Malaysia Timur (Sabah, Sarawak, W.P Labuan)
- Untuk membuat buat tempahan online melalui sistem MYORDER, klik di sini
- Untuk semak status penghantaran (semak kurier) order anda, klik di sini
PENTING:
- Jika anda menggunakan alamat pejabat sebagai alamat penghantaran, sila semak parcel anda di Pejabat Am atau Peyambut Tetamu (Receiptionist) atau Rakan Sepejabat.
- Pihak kurier tidak semestinya menyerahkan parcel tempahan terus kepada anda tetapi kepada sesiapa individu di premis pejabat anda sebagai wakil penerima
- Pihak kurier akan meninggalkan “Sorry Note” di premis (rumah/pejabat) anda sekiranya gagal membuat serahan mengandungi info Consignment/Parcel# serta talian Customer Service Center. Hubungi mereka untuk penghantaran semula ke alamat anda. Tidak perlu terus menuju ke pejabat kurier untuk mengambil sendiri.
- Walaupun kami mempunyai Sistem Pengurusan Tempahan & Pemprosesan Order (Order Tracking & Processing System), namun tidak terlepas dari kesilapan manusia di mana kebarangkalian tersilap membuat penghantaran. Jika begitu, sila berhubung terus kepada En Abdullah bin Ismail (Pengurus, Tempahan Produk) melalui talian 019-3400826.
Order COD (Cash On Delivery)
- Tempahan yang dibuat melalui wakil sah EDARAN SALINDAH untuk penghantaran terus ke premis rumah atau pejabat atau mana-mana lokasi pertemuan yang dipersetujui.
- Tempahan biasanya akan dihantar pada hari bekerja berikutnya.
- Walau bagaimanapun waktu sebenar penghantaran ditentukan atas persetujuan antara anda dan wakil servis COD
- Info lanjut pilihan Kaedah Order COD, klik di sini









