Perubahan Harga Bio-Lac

susu-bio-lac_20012015s

Dalam satu taklimat khas bisnes 2015 oleh KUSDA Holdings, kumpulan syarikat yang mengeluarkan rangkaian produk berasaskan kebaikan Homoepati, Biokimia & Herbalisma telah memaklumkan satu keputusan yang berat tetapi tiada pilihan selain melaksanakannya berkaitan harga produk susu bayi, Bio-Lac.

Dalam majlis yang dihadiri oleh para outlet & pengedar, Presidennya Prof Dr Hamsiah binti Ismail telah memaklumkan harga baru susu Bio-Lac akan dinaikkan ke RM35 dari harga asal RM23 per pek 500gram.

susu-bayi-bio-lac_18012015b

Harga RM23 tersebut sebenarnya telah terlalu lama dikekalkan dengan mengorbankan banyak kepentingan syarikat demi kebajikan pengguna setianya. Kenaikan ini se awalnya akan berlaku pada Febuari & selewatnya  sebelum April 2015.

 

.

Berikut adalah antara faktor penting yang dipertimbangkan oleh pihak syarikat pengeluar dalam isu kenaikan harga ini adalah:

1. Perubahan harga bahan mentah & pembungkusan

Produk susu Bio-Lac menggunakan susu tepung dipasteur yang berkualiti dari New Zealand. Paras hasil susu bergantung pada musim. Ada musim banyak dan ada musim kurang. Jika ada bencana alam ia juga akan mempengaruhi harga.

Oleh yang demikian, harga komoditi ini amat tidak menentu, Kadangkala naik, kadangkala turun sedikit. Dalam banyak situasi, ianya sentiasa naik. Bahan pembungkusannya pula sentiasa dalam trend yang menaik.

susu-bio-lac_26012015_1

2. Kejatuhan nilai ringgit

Bahan mentah susu tepung ini diimport dam nilai matawang USD. Dalam kejatuhan nilai Ringgit Malayisa berbanding USD secara automatik menyebabkan harga bahan mentah ini telah meningkat naik.

3. Peningkatan kos pengeluaran & pengedaran

Seperti yng kita sedia maklum, kos bahan api telah meningkat naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari itu kos penghantaran serta kos eletrik juga meningkat. Selama tempoh itu jugalah syarikat pengeluar telah menyerap kos yang kian meningkat.

susu-bayi-bio-lac_18012015a

4. Peningkatan kos sarahidup pekerja

Peningkatan harga barangan keperluan harian dan servis membawa kepada kenaikan gaji kakitangan. Kerja sambilan untuk menambah pendapatan bulanan bermakna pekerja akan kurang waktu rehat. Keletihan dan tekanan akan menurunkan produktiviti. Ini akan memberi implikasi pada kualiti produk.

Atas sebab ini syarikat perlu menaikkan gaji pekerja & juga tertakluk kepada gaji minimum RM900 sebulan yang ditetapkan oleh kerajaan.

5. Peningkatan kos operasi & kos sarahidup pengedar

Seperti syarikat pengeluar, para pengedar juga mengalami peningkatan kos operasi & sarahidup. Dari itu harga produk juga perlu dinaikkan untuk memberi marginyang berpatutan untuk mereka terus boleh beroperasi.

susu-bayi-bio-lac_18012015

.

HARGA BARU SUSU BIO-LAC BAKAL BERUBAH!

Ya, bakal berubah tidak lama lagi.
Kenaikan ini se awalnya akan berlaku pada bulan Febuari & selewatnya  sebelum April 2015.

HARGA 1 Pek @ 500 Gram

Harga Lama: RM23
Harga Akan Datang: RM35

HARGA 1 Kotak (6 Pek @ 500 Gram)

Harga Lama: RM138
Harga Akan Datang: RM210

Sementara itu, anda masih boleh menikmati harga lama (dengan diskaun) melalui kedai online rasmi kami di sini.

Both comments and pings are currently closed.