Sejarah Penemuan & Kepentingan EXAMO-CKM500

sejarah-examo-ckm500

Tulisan asal oleh: Dr (H) Jamaludian bin Mat Piah

Sejarah Produk Minda Examo

Masalah adalah peluang. Itulah istilah yang paling tepat bagi menggambarkan rentetan kelahiran Examo-CKM500. Bermula dengan masalah lupa yang teramat sangat dialami sendiri oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail sewaktu menuntut di Universiti Malaya dalam tahun 1970. Hampir-hampir beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pengajian.Namun khuatir atas desakan perlu membayar balik biasiswa yang diperolehinya maka beliau meneruskan juga pengajian.Anehnya, lulus cemerlang juga. Dari tahun 1971 hingga 1980 beliau bertugas sebagai pendidik dan pensyarah perguruan serta terlibat sebagai Lembaga Peperiksaan Malaysia-Cambridge dalam membina soalan,memeriksa skrip jawapan dan permarkahan. Satu lagi masalah besar yang beliau temui, kelemahan ketara pelajar Melayu dalam pelajaran terutamanya Sains dan Metamatik. Dua subjek yang sangat penting yang perlu ada pada rakyat untuk membangunkan sesebuah negara dengan cemerlang.

Disamping dua masalah besar itu, AllahyarhamProf.Dr.Azizan juga mengalami masalah kesihatan, asma bronkiol yang kronik. Sering berulang-alik ke wad. Hospital bak rumah keduanya. Akhirnya atas nasihat doktor di hospital beliau akur dengan saranan agar ikhtiar berubat dengan cara lain. Dengan pelbagai pandangan sahabat, beliau mencuba kaedah perubatan hemeopati. Dengan izin Allah, penyakit beliau sembuh dengan rawatan hemeopati oleh Allahyarham Prof. Dr. Mohammed Yaccob di Singapura. Sejak itu beliau meminati perubatan hemeopati dan mula mempelajari ilmu tersebut dengan perawatnya. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran hemeopati hingga ke England dan pernah diberi biasiswa oleh JPM untuk mempelajari ilmu pengilangan ubat hemeopati di Jerman dalam tahun 1984.

Rupa-rupanya tiga masalah besar ini adalah aturan Allah untuk menemukan beliau dengan suatu ikhtiar bagi menyelesaikan kekusutan anak bangsa. Dengan ilmu perubatan Biokimia Pemakanan Schuessler beliau mengesan masalah kelemahan pelajar adalah berkaitan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat untuk perkembangan minda yang sewajarnya. Perkara yang dikesan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan ini diperkukuhkan lagi oleh Prof. DiRaja Ungku Aziz dalam Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara II pada 2 November 2000. Laporan ini menyatakan bahawa pemakanan seimbang amat lemah di kalangan masyarakat Melayu yang membawa kepada kelemahan dalam pelajaran.

.

Dapatkan produk minda Examo melalui kedai online rasmi di sini

EXAMO-generasi1_s

Generasi 1 EXAMO-CKM500: Tahun 1984

Kehidupan & Pemakanan

Secara teknikalnya, setiap hidupan perlukan makanannya. Lain hidupan, lain pula pemakanannya. Harimau hanya makan daging, lembu pula dengan rumputnya manakala tumbuhan pula perlukan Nitrogen, Fostat, Potassium serta lain-lain unsur. Tubuh manusia pula terdiri dari pelbagai jenis sel hidup. setiap jenis sel perlukan makanan. Ada yang sama dan ada yang khusus. Umumnya kita perlukan air, karbohidrat, protein dan lemak. Secara khusus pula kita tahu Vitamin A baik untuk mata, Kalsium untuk sel tulang dan sebagainya. Menurut kaedah biokimia pemakanan Schuessler, sel otot perlukan unsur inorganik khususnya Magnesium Fostat, Kalium Fostat, Sodium dan Ferrum, sel tisu perantara perlukan unsur inorganik khususnya Silicea. Unsur-unsur mineral inorganik yang diperlukan oleh sel ini dinamakan garam tisu biokimia. Didalam tubuh manusia yang normal, terdapat 12 jenis garam tisu dalam juzuk tertentu. Kajian Prof.Loeb membuktikan bahawa sel-sel tisu akan terlerai atau hancur atau merosot dengan cepat sekiranya cecair tubuh ketiadaan nisbah tertentu garam sodium, kalium dan garam-garam kapur (lime). Kekurangan mana-mana garam tisu ini akan menganggu keseimbangan fisiologi sel-sel yang seterusnya akan menimbulkan penyakit. Kekurangan garam tisu tertentu ditandai dengan kewujudan simpton-simpton tertentu. Melalui simpton ini kita dapat mengesan garam yang terkurang dan boleh membetulkan keharmonian fisiologi dengan memberikan garam tisu tersebut.

EXAMO-generasi2_s

Generasi 2 EXAMO-CKM500: Tahun 1990

Pandangan Pakar Tentang Pemakanan Kesihatan

Mungkin ramai yang telah membaca buku-buku Dr. Ray Strand, seorang doktor pakar perubatan dari Universiti Colorado. Beliau telah mengamalkan perubatan lebih dari 30 tahun. Namun kepakaran beliau serta rakan-rakan pakar perubatannya tidak dapat merawat penyakit Fibromyalgia isterinya. Sakit seluruh badan, lemah teramat sangat, alergi luarbiasa dan jangkitan sinus serta peparu yang berulang. Isterinya menderita kronik bertahun-tahun lamanya. Dr. Ray kecewa kerana ubat-ubat dan kepakarannya tidak dapat membantu. Akhirnya seorang sahabat keluarga yang bukan doktor perubatan mencadangkan isterinya mengambil pemakanan tambahan. Oleh kerana beliau tidak boleh berbuat apa-apa lagi, maka beliau membenarkan isterinya mengambil pemakanan tambahan tersebut. Di luar jangkaan beliau, isterinya bertambah baik dan akhirnya kembali normal dengan amalan pemakanan tambahan serta senaman yang berkala.

Sejak itu Dr. Ray hanya memberi fokus ke atas rawatan pencegahan dan pemakanan kesihatan. Menurut beliau, pertahanan utama terhadap penyakit kronik ialah tubuh kita bukannya oleh ubat (drugs) yang dipreskripsikan. Dari itu, pemakanan kesihatan yang betul adalah sangat penting dalam menjaga keharmonian tubuh serta menguatkan sistem pertahanan tubuh. Makanan sihat, tubuh sihat. Makanan betul, tubuh bertumbuh betul.

EXAMO-generasi3_s

Generasi 3 EXAMO-CKM500: Tahun 2000

Sedikit Tetapi Penting

Menurut kajian Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, terdapat 6 jenis garam tisu yang berkait rapat dengan keharmonian sel-sel tisu saraf dan otak. Kekurangan mana-mana garam tisu ini boleh membawa kepada keadaan mental terganggu yang ditandai dengan simpton kebodohan,lupa,putus asa,hilang semangat,malas,takut,gagal,lemah daya saing dan seumpamanya. Dalam kajian Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail, hanya 3 jenis garam tisu yang sangat penting diperlukan oleh sel otak dan saraf iaitu Kalsium Fostat, Kalium Fostat dam Magnesium Fostat dalam komposisi khusus. Pelbagai komposisi telah dicuba oleh beliau. Sel tubuh memerlukan kuantiti garam inorganik yang sangat sedikit. Sebagai contoh, di dalam 1000g sel darah hanya mengandungi 0.132g garam inorganik Kalium Sulfat. Sebagai bandingan, tubuh kita juga bertindakbalas dengan begitu ketara dengan kuantiti hormon yang sangat sedikit. Komposisi berbeza akan memberi kesan yang sangat berbeza.Akhirnya, dengan izin Allah SWT , dalam tahun 1978, Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail menemui komposisi khusus bagi 3 jenis garam tersebut yang paling berkesan untuk sel otak dan saraf. Formulasi ini dinamakan Examo-CKM500 yang mengandungi garam tisu Kalsium Fostat, Kalium Fostat dan Magnesium Fostat dalam komposisi khusus tersebut.

Berkesan dan Selamat

Dalam kaedah biokimia pemakanan Scheussler, sel akan menyerap garam inorganik dalam kuantiti yang diperlukan sahaja, kuantiti yang lebih akan dikeluarkan oleh tubuh melalui perkumuhan. Tidak perlu dikhuatirkan jika anak termakan Examo-CKM500 berlebihan. Tambahan pula Examo-CKM500 diperbuat daripada garam mineral semulajadi yang ditriturat bersama laktosa. Kandungan garamnya adalah dalam kepekatan satu per sejuta bahagian sahaja. Oleh itu, Examo-CKM500 sepatutnya secara teori dan praktikal adalah selamat dimakan.

Serapan Tanpa Penghadaman

Garam tisu fosfat ini jika dimakan secara biasa ia akan bertindakbalas dengan asid perut. Umpamanya Kalsium Fostat akan bertindak dengan asid muriatik dari jus gastrik dan akan menghasilkan klorida. Maka, terhalanglah tubuh dari mendapat garam inorganik Kalsium Fostat. Garam tisu organik ini perlu diserap kedalam tubuh tanpaa melalui proses penghadaman. Kaedah triturasi digunakan untuk menghaluskan garam ini ke tahap ianya boleh meresap melalui sel epitelium lidah ke dalam peredaran darah dan seterusnya sampai ke destinasi yang memerlukannya. Kaedah triturasi khusus inilah digunakan dalam penghasilan Examo-CKM500. Teknologi ini dipelajari oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail sewaktu beliau belajar di Jerman pada tahun 1984.

Orang Pandai Otak Serabut

Kajian Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, neurofisiologis Russia (anak murid ahli Psikologi tersohor, Ivan Pavlov) menunjukkan bahawa beza otak orang cerdik berbanding otak orang bodoh terletak pada kesuburan struktur sel sarafnya. Orang cerdik mempunyai sel saraf (neuron) dengan pertumbuhan dendron serta dendrit yang subur (lebih berserabut). Manakala neuron orang bodah, dendron dan dendritnya kurang subur, kurang berserabut/bercabang. Kajian Prof. Mark Rosenweig dan Marian Diamond (UCLA) membuktikan sel saraf tikus boleh disuburkan. Prof. Frederick Gage (juga dari UCLA) menyatakan terdapat Faktor Penyubur Saraf (Nerve Growth Factor) dari makanan, yang boleh menyuburkan pertumbuhan dendron dan dendrit sel neuron. Jelaslah, otak manusia boleh disuburkan dengan memberi pemakanan yang strategik yang diperlukan oleh sel saraf. Elemen-elemen pemakanan stategik ini boleh didapati dari makanan-makanan tertentu. Namun makanan perlu melalui proses penghadaman. Jika penghadaman kurang efisien maka zat-zat ini tidak dapat diserap. Untuk itu, Examo-CKM500 adalah alternatif tepat sebagai pemakanan strategik untuk kesuburan saraf. Jangan lupa pesan Tony Buzan, Ogos 2008, “Good food equal good brain, junk food equal junk brain”

EXAMO-generasi4_s

Generasi 4 EXAMO-CKM500: Tahun 2005

Foto terkini produk minda Examo & tempahan melalui kedai online boleh dirujuk di sini

.

Tanggapan Pengguna Produk Minda

Pengguna sering tersalah anggap bahawa Examo-CKM500 sebagai “ubat pandai”. Ini tidak betul. Examo-CKM500 bukan “ubat pandai”, ianya adalah pemakanan strategik untuk kesuburan pertumbuhan rami saraf (dendron dan dendrit). Dalam erti kata lain, Examo-CKM500 menyediakan infrastruktur sahaja. Untuk pandai, manusia perlu belajar, diajar, mengulangkaji serta berlatih. Dengan kesuburan ramisaraf, proses belajar, merekod, mengingat serta penampilan semula maklumat akan jadi lebih mudah.

Salah tanggapan yang kedua ialah kebanyakan pengguna merasakan Examo-CKM500 adalah produk untuk pelajar sahaja. Bukan begitu. Sel saraf kita perlu dijaga se sepanjang hayat. Seperti pokok yang perlu disiram serta dibaja sepanjang masa. Sel saraf yang kekurangan garam tisu akan lebih cepat mati. Jika terlalu banyak neuron mati maka lupa serta nyanyuk. Di samping membekalkan nutrien untuk sel saraf, Examo-CKM500 juga membekalkan tenaga mental yang sangat diperlukan oleh orang-orang yang banyak menggunakan otaknya. Dari itu, orang dewasa serta orang-orang tua juga memerlukan Examo-CKM500.

Manusia Superior

Bukanlah orang negara maju itu superior, mungkin mereka lebih rajin dan lebih berkeyakinan. Begitu juga bukanlah semua produk import itu lebih superior. Kita juga boleh menghasilkan produk hebat. Yakinlah dengan kemampuan diri kita, yakinlah dengan keadilan Allah SWT. siapa yang berusaha akan mendapat laba. Biarpun Examo-CKM500 kelahiran tempatan, namun keizinan Allah SWT atas kewujudan serta penerusannya sejak tahun 1978 harus kita fikirkan.

Info lanjut & tempahan produk Examo, klik di sini

Both comments and pings are currently closed.