Soalan Lazim (FAQ): Order Online

Koleksi Soalan & Jawapan seperti yang disiarkan di laman komuniti facebook Edaran Salindah: www.facebook.com/edaransalindah. Ini merupakan salinan rasmi(backup)kepada posting asal di laman facebook.Soalan & Jawapan disusun secara menurun bermula dari posting terkini hingga terawal.

Info lanjut berkenaan:

Pilihan cara membuat Order, Klik di sini
Pilihan cara membuat Bayaran, Klik di sini
Cara kami memproses order pelanggan, Klik di sini

 #20:

Kalau saya order hari ni, esok sampai kan?

JAWAPAN:

Sila baca 2 maklumat penting ini untuk elakkan salah faham tentang servis tempahan online melalui MYORDER.
1. Cara kami proses tempahan pelanggan
http://www.edaransalindah.com/main/penghantaran/

2. Order hari ini sampai esok?
http://www.edaransalindah.com/main/order-hari-ini-sampai-esok/

 #19:

Macam mana nak semak caj produk & kurier tanpa perlu daftar/login?

JAWAPAN:

‘Add to Cart’ mana-mana item yg anda bercadang utk beli, kemudian klik menu ‘My Cart’ di sblh atas kanan. Pilih ‘State/Province’ & klik butang ‘GET QUOTE’. Caj-caj berkaitan akan dipaparkan. ‘Add to Cart’ di sinihttp://www.edaransalindah.com/myorder

 #18: 
Mengapa status rekod di dashboard sistem MYORDER masih ‘Processing’ w/pun telah melepasi tarikh Kelompok Kurier?

JAWAPAN:

Status ‘Processing’ w/pun telah melepasi tarikh Kelompok Kurier atau telah terima barang ditempah, bermakna order anda telah diproses hantar tetapi kakitangan kami belum kemaskinikan no. parcel (tracking number) kuriernya.

 #17:
Order dulu atau Bayar dulu?

JAWAPAN:

Utk tempahan online melalui sistem piawai MYORDER, anda perlu membuat Order dahulu & diikuti dgn membuat bayaran. Rekod order perlu wujud dahulu bagi m’bolehkan kami m’proses kurier tempahan anda. Pilihan cara order lain klik di sinihttp://www.edaransalindah.com/main/order/

 #16: 
Saya ada buat order dan pilih cara bayaran Bank Transfer tapi nak tukar bayaran menerusi VISA. Order dah submit. Macam mana?

JAWAPAN

Buat order baru dan pilih Payment Method sebagai Online Payment Gateway masa proses Checkout. Masa buat makluman bayaran, nyatakan order asal dibatalkan. Order di sini http://www.edaransalindah.com/myorder

 #15:
Apa kaitan EDARAN SALINDAH & MYORDER ?

JAWAPAN

EDARAN SALINDAH adalah perniagaan yg menjual produk formulasi Allahyarham Prof. Dr Azizan spt Salindah & Examo. Web rasmi EDARAN SALINDAH di alamat www.EdaranSalindah.com. MYORDER adalah sistem kedai online untuk menerima order menggunakan konsep Shopping Cart.

 #14: 
Order dulu atau bayar dulu ?

JAWAPAN

Utk membeli secara online, sila buat order terlebih dahulu melalui sistem rasmi MyOrder. Satu rekod mengandungi info Order# (order-Id), butiran order serta jum perlu dibayar (RM) akan dijana oleh sistem. Kemudian baru buat Bayaran & Makluman. Cara lain order rujuk http://www.edaransalindah.com/main/order/

 #13: 
Adakah kerahsiaan maklumat pelanggan di sistem pesanan online MYORDER terjamin?

JAWAPAN

Ya, kami memastikan kerahsiaan maklumat spt nama, alamat, e-mail & no. telefon pelanggan kami terjamin & tidak berkongsi dg pihak ke-3. Maklumat pelanggan adalah ASET utama perniagaan kami.

 #12: 
Saya tinggal di Singapura; boleh hantar melalui kurier tak?

JAWAPAN

Buat masa ini kami hanya menerima order untuk penghantaran ke alamat dalam Malaysia sahaja.

 #11: 
Saya telah buat order & bayaran tetapi mengapa status rekod dalam sistem MYORDER masih ‘pending’?

JAWAPAN:

Setiap bayaran mesti dimaklumkan melalui SMS,MMS, Email atau Faks bersama salinan bukti byrn. Kami akan ‘update’ status bila byrn tlh disahkan & sedi utk dikurierkan.

 #10: 
Saya tlh daftar email saya sebagai pengguna sistem MYORDER tetapi ‘confirmation link’ yg saya klik gagal mengesahkan akaun tsb. Bagaimana ye?

JAWAPAN:

Nyatakan alamat email anda melalui Email/sms untuk pihak kami sahkan akaun anda secara manual & seterusnya membolehkan anda membuat order.

 #9: 
Jum caj invois RM195 tetapi saya bayar RM200 sbb mesin deposit tunai hanya terima gandaan 10. Boleh masukkan baki RM5 dalam order saya?

JAWAPAN:

Kami tidak m’masukkan wang tunai dlm bungkusan order atas sbb keselamatan. Anda boleh buat tuntutan secara rasmi melalui email dg menyatakan No. Akaun CIMB/Maybank utk kami ‘refund’ baki.

 #8: 
Adakah saya perlu menjadi ahli utk membeli produk Edaran Salindah?

JAWAPAN:

Pendaftaran sebagai pengguna/ahli sistem MYORDER adalah PERCUMA. Pihak kami sdg dlm proses naik taraf sistem utk bolehkan ahli mendapat diskaun pada setiap pembelian. Ia akan dimaklumkan dlm NEWSLETTER dr masa ke masa.

 #7: 
Saya order lebih RM300, kenapa keluar ‘Courier Charge’ juga masa ‘Checkout’?

JAWAPAN:

Masukkan ‘Discount Codes’ MAIORDER pd menu ‘My Cart’ & barulah klik ‘Checkout’. Bhg ‘Courier Charge’ tu klik saja, nanti diskaun akan dikira secara automatik.

 #6: 
Saya tak ada Kad Kredit macam mana nak bayar?

JAWAPAN:

Order online memberi pilihan anda membuat byrn melalui akaun Maybank, Cimb, Bank Islam & Kad Debit/Kredit. Info lanjut di sinihttp://www.edaransalindah.com/main/bayaran/

 #5: 
Tak ada diskaun ke ?

JAWAPAN:

Kami memberi diskaun utk order RM300 & ke atas. Sblm Checkout inputkan kod MAIORDER d menu “My Cart”. Info cara nak guna di sinihttp://www.edaransalindah.com/myorder/

 #4: 
Ini kali pertama saya menggunakn pembelian online, adakah saya akan dpt barang yang saya order?

JAWAPAN:

Motto kami “ANDA ORDER KAMI HANTAR” memastikan order anda sampai dlm tempoh munasabah. W/bagaimana pun setiap bayaran MESTI dimaklumkan utk elak kelewatan proses kurier.

 #3: 
Saya dah ‘register’ sbg ‘user’ utk sistem MYORDER tapi tak boleh LOG IN.

JAWAPAN:

Pastikan anda buka & klik link dalam email yg didaftarkan utk pengesahan akaun. Lepas tu baru boleh buat order.

 #2: 
Saya tak tahu (tak reti) nak buat order online.

JAWAPAN:

SMS Nama Penuh Penerima, Alamat, Info Produk yg hendak dibeli & alamat email. Kami akan ‘generate’ invois ke email anda.

 #1: 
Macam mana nak buat order ye?

JAWAPAN:

Silalah rujuk di sini http://www.edaransalindah.com/main/order/

Both comments and pings are currently closed.