Versi Baharu Kedai Online MYORDER

myorder-responsive-design-2

Alhamdulillah, mulai Jumaat 27.06.2014 bersamaan 29 Sya’aban 1435H, kedai online MYORDER kini lebih mesra (compatible) untuk ke tiga-tiga jenis paparan skrin komputer, Tablet & Smartphone.

.

Ringkasan Kedai Online MYORDER

MYORDER adalah Kedai Online Milik 100% Bumiputera-Islam yang dikendalikan di bawah nama perniagaan EDARAN SALINDAH. Ia memfokus jualan Produk Halal & Toyyiba (Halal & baik untuk kesihatan) keluaran syarikat Bumiputera-Islam (Era Edar Marketing Sdn Bhd) sejak 2006.

Versi baharu ini adalah siri baikpulih kelemahan-kelemahan yang ada di dalam versi terdahulu.

.

Komponen Kedai Online MYORDER

Untuk pengetahuan, web kedai online MYORDER terdiri dari 2 komponen (modul) utama iaitu:

  • Front Office – alamat web di mana anda boleh melihat senarai produk yang kami jual & membuat pembelian secara online di alamat www.myorder.com.my atau www.edaransalindah.com/myorder.
  • Back Office – sistem yang mengendalikan tempahan pelanggan melibatkan Pengesahan Bayaran, Meletakkan Order Dalam Kelompok Kurier & Mengemaskini Status Order Melalui Email / SMS.

.

Apps-system-software-update-icon Ciri Baharu Kedai Online MYORDER

Berikut adalah ciri kedai online berdasarkan tarikh status ia disiapkan.

 

Tarikh Status: 06.08.2014

track-order_06082014

Sub-modul untuk semakan status tempahan (Track Shipment) telah boleh dicapai melalui pautan http://www.edaransalindah.com/trackshipment/

.

Tarikh Status: 19.07.2014

fotografi-produk-salindah-era-edar_2014-2
Sesi fotografi semula semua senarai produk oleh jurufoto profesional. Proses ini mungkin akan mengambil masa lebih 1 bulan untuk disiapkan. Maklumat lanjut berkenaanya, klik di sini.

.

Tarikh Status: 05.07.2014

PayPal_logo_1 Integrasi bersama sistem PayPal untuk membolehkan pelanggan membuat bayaran melalui kad debit atau kad kredit Visa & Mastercard. Maklumat lanjut berkenaanya, klik di sini. Sistem bayaran melalui kad kredit sebelum ini telah tergendala sejak pertengahan 2012 namun telah dapat dibaikpulih dalam versi baharu kedai online MYORDER pada tarikh 05.07.2014.

.

Tarikh Status: 27.06.2014

new_product_launchVersi baharu kedai online MYORDER dilancarkan (live). Walaupun versi baharu ini telah live, namun proses pembangunan modul lain masih diteruskan seperti integrasi bayaran kad kredit & Shipment Tracking.

.

Tarikh Status: 13.05.2014

Integrasi bersama sistem SMS & Email untuk membuat makluman status order pelanggan (Pending, Processing atau Canceled) terus ke nombor telefon pelanggan.

.

Tarikh Status: 09.01.2014

registered_customer_login_myorder

Login menggunakan maklumat yang sama seperti asal. Klik “Forgot Your Password?” jika anda terlupa password untuk dapatkan password baharu.

Alhamdulillah telah berjaya memindahkan Akaun Pelanggan. Pemindahan Akaun Pelanggan ini termasuklah maklumat Login & Password serta Alamat (Billing & Shipping Address). Ini bermakna, dalam versi baharu pelanggan berdaftar (Registered Customers) boleh login masuk ke sistem seperti biasa menggunakan maklumat login asal. .

.

Tarikh Status: 27.12.2013

Alhamdulillah berjaya membuat integrasi “Facebook Fan Box” ke kedai online MYORDER. Dengan perkembangan ini, InshaAllah versi baru MYORDER dapat LIVE lebih awal dari jangkaan asal. Tiba masa untuk kami melakukan bahagian paling sukar iaitu migrasi (migration) rekod dari pangkalan data lama ke baru.

 myorder-upgrade-status

“Facebook Fan Box” di sebelah kanan laman kedai online MYORDER

.

Tarikh Status: 25.12.2013

Kemaskini Senarai Menu di bahagian ‘Footer’ kedai online MYORDER. InshaAllah versi baru ini dijangka LIVE pada pertengahan 2014 nanti. Sudi-sudikan untuk lawat MYORDER di sini http://www.edaransalindah.com/myorder/index.php/

myorder-upgrade-status

.

Tarikh Status: 22.12.2013:

Projek naiktaraf kedai online MYORDER. Antara fungsi barunya membolehkan pelanggan login menggunakan akaun Facebook sedia ada. Sistem MYORDER mempunyai integrasi yang disahkan oleh Facebook untuk memboleh proses login lebih mudah. Jika anda mempunyai akaun Facebook, secara automatik ada boleh login ke MYORDER. InshaAllah versi baru ini dijangka LIVE pada pertengahan 2014 nanti. Sudi-sudikan untuk lawat MYORDER di sini http://www.edaransalindah.com/myorder/index.php/

fb_login_myorder

Perhatikan logo ini di web kedai online MYORDER

myorder-upgrade-status

Login ke kedai online MYORDER menggunakan akaun yang sama seperti anda masuk ke Facebook.

.

Rekod Order Terdahulu

Cabaran memindahkan rekod order (historical order records) merupakan bahagian paling sukar untuk kami lakukan sepanjang tempoh projek naiktaraf ini yang bermula dari Disember 2013 hinggan Jun 2014.

Atas kesukaran tersebut yang telah banyak mengganggu masa perlaksanaan projek & atas pertimbangan sewajarnya dari pihak pengurusan, semua rekod order pelanggan tidak akan dipindahkan ke sistem baharu.

Ini bermakna pelanggan lama (resgistered customer) boleh login seperti biasa menggunakan akaun lama mereka tetapi tidak akan nampak rekod order terdahulu dalam senarai Dashboard. Anda boleh request password baharu jika telah terlupa di sini.

Semua rekod order lama pelanggan akan diletakkan di dalam arkib (archive) komponen Back-Office untuk rujukan pihak pengurusan sahaja.

.

Both comments and pings are currently closed.