|
|
Ketagih rokok
- ``Nak atau tak nak''
KATA orang... kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Hanya usaha yang berterusan dan berkat kesabaran
yang tinggi dapat membuahkan kejayaan. Tentunya kata-kata
nasihat tentang bahaya merokok sudah jelak didengar oleh
perokok. Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan,
sebarang bentuk amaran biasanya tidak akan diendahkan oleh
mereka apatah lagi berasa takut. Ada pula yang makin
ditegur makin menjadi-jadi. Penagih rokok bukannya tidak
sedar padah yang bakal diterima tetapi tiada upaya untuk
berhenti.
Sebenarnya, hampir 95 peratus penagih rokok cuba
menghentikan tabiat buruk mereka itu tetapi sering kali
gagal.
Menurut pakar ketagihan dan saintis penyelidikan bersekutu,
Yale University School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr.
Mahmud Mazlan, kesukaran yang dialami oleh penagih rokok
untuk berhenti merokok adalah sama seperti kesukaran yang
dialami oleh seseorang penagih heroin untuk berhenti
mengambil dadah.
"Sebab itu, mereka ini (penagih rokok) selalu sakit hati
bila orang beri nasihat kerana mereka sedar mereka tidak
bodoh, cuma tiada upaya untuk berhenti,'' katanya.
Menurut Dr. Mahmud, bahan kimia nikotin yang terkandung di
dalam rokok adalah punca utama mengapa seseorang perokok
mengalami ketagihan sehingga tidak boleh berhenti merokok.
Bahan kimia yang boleh membunuh itu mengubah neurobiologi
seseorang perokok sehingga menyebabkan mereka gagal
berhenti merokok.
Selain nikotin, lebih 4,000 bahan kimia yang terdapat
dalam sebatang rokok bertindak memperkuatkan lagi
penagihan.
Bahan yang kebanyakannya beracun ini juga menyebabkan
seseorang penagih rokok terdedah kepada penyakit berbahaya
seperti serangan angin ahmar, jantung, barah paru-paru,
osteoporosis dan kesukaran untuk bernafas.
Hatta, setiap satu daripada nisbah lima kematian di
Malaysia adalah berpunca daripada rokok dan kira-kira
10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat ketagihan
rokok!
Mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa setiap sedutan
asap rokok yang dihisap juga sebenarnya, telah atau akan
menyenaraikan perokok sebagai salah seorang mangsa `penyakit
senyap'.
Tanpa disedari, ia memusnahkan fungsi paru-paru secara
perlahan-lahan sehingga suatu tahap perokok menghidap
sejenis penyakit sekatan paru-paru kronik yang dikenali
dalam istilah perubatan sebagai COPD (chronic obstructive
pulmonary disease).
Memang benar, merokok adalah satu tabiat buruk yang serius
dan sukar untuk dihentikan.
Apabila duti eksais rokok dinaikkan lagi daripada RM58
kepada RM81 bagi setiap 1,000 batang seperti yang
diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam Bajet 2005 baru-baru ini, seperti biasa
pelbagai reaksi timbul.
Ada yang akur dan tidak kurang juga yang marah dengan
keputusan kerajaan itu.
Manakan tidak, jika dulu sekotak rokok (20 batang) dijual
pada harga RM5.40 tetapi kini harganya meningkat kepada
RM6.50.
Namun begitu, bagi penagih rokok, setinggi mana pun harga
rokok dinaikkan, mereka tetap berikhtiar membelinya.
Dari suatu segi, kenaikan tersebut mungkin sedikit
sebanyak membebankan perokok tetapi adakah kenaikan harga
rokok dapat mengurangkan jumlah perokok?
Realitinya, setiap kali harga rokok naik setiap kali itu
jugalah penagih rokok akan cuba mengurangkan jumlah yang
dihisap tetapi akhirnya tabiat itu tetap diteruskan.
Menurut Dr. Mahmud, antara punca mengapa penagih rokok
tidak tahan berhenti menghisap rokok ialah kerana mereka
menjadi cepat marah, menggigil, mengantuk, susah berfikir
dan cepat letih.
Jelas beliau, jika dilihat dari aspek perubatan, penagih
rokok sukar berhenti dengan sendiri tanpa menjalani
rawatan yang betul.
Selain daripada kekuatan semangat, banyak negara di dunia
berjaya membuktikan penjagaan kesihatan profesional boleh
membantu golongan tersebut melalui program berhenti
merokok.
Antara kaedah paling berkesan ialah mendapatkan rawatan
gantian nikotin, tingkah laku dan kognitif (untuk
ketagihan psikologi). Proses rawatan ini biasanya
mengambil masa selama tiga bulan.
Tambah beliau, harga rokok yang baru saja naik dan bulan
puasa yang bakal tiba adalah antara faktor yang boleh
membantu meningkatkan lagi motivasi penagih rokok untuk
berhenti merokok.
Apa yang perlu dilakukan
|
|
|
|
- |
Tentukan tarikh bila anda hendak berhenti merokok |
|
|
|
|
- |
Bersiap sedia menghadapi cabaran kesan dari berhenti
merokok
contohnya: rasa gian, berat badan meningkat, disisihkan
oleh rakan-rakan perokok |
|
|
|
|
- |
Dapatkan bantuan doktor peribadi atau ahli farmasi
kerana perokok sukar berhenti sendiri |
|
|
|
|
- |
Tingkatkan motivasi dengan kejadian contohnya: harga
rokok naik, bulan puasa, isteri mengandung, baru menerima
cahaya mata |
|
|
|
|
- |
Fikirkan tentang kelebihan berhenti merokok iaitu: |
|
|
|
|
|
|
- |
Menjimatkan wang |
|
- |
Kesihatan semakin baik |
|
- |
Deria bau dapat ditingkatkan |
|
- |
Berasa lebih yakin dengan diri sendiri |
|
- |
Tidak perlu bimbang tentang bahaya rokok |
|
- |
Makanan rasa lebih menyelerakan |
|
- |
Nafas, rumah, kereta berbau lebih segar |
|
- |
Aktiviti fizikal dapat ditingkatkan |
|
- |
Menjadi contoh yang baik kepada anak-anak |
|
- |
Mengurangkan proses penuaan dan kedutan pada kulit. |
|
|
|
|
Petua 10M untuk berhenti merokok
| |
|
| 1. |
Minum banyak air (8-10 gelas sehari). Elakkan minuman
keras, kopi dan lain-lain minuman yang boleh merangsang
anda untuk merokok. |
| |
|
| 2.
|
Menarik nafas panjang |
| |
|
|
3. |
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula atau bebola getah |
| |
|
|
4.
|
Melengah-lengahkan masa |
| |
|
|
5. |
Mandi atau basuh tangan dengan kerap |
| |
|
|
6.
|
Mengalih perhatian |
| |
|
|
7.
|
Menjauhkan diri daripada perokok |
| |
|
|
8. |
Menyibukkan diri dengan aktiviti lain |
| |
|
|
9. |
Melakukan senaman |
| |
|
|
10.
|
Meditasi (sembahyang, berdoa atau yoga). |
| |
|
Teknik mengelak kembali merokok
|
|
|
|
- |
Jauhi dari rokok. Hanya dengan menghisap setengah batang
rokok, ia boleh menyebabkan anda kembali menagih walaupun
anda sudah berjaya berhenti sekian lama. |
|
|
|
|
- |
Tingkatkan motivasi diri
Anda perlu sentiasa berfikir mengenai faedah berhenti
merokok seperti dapat menjimatkan wang dan anak isteri
anda tidak terdedah kepada asap rokok yang berbahaya |
|
|
|
|
- |
Elakkan tabiat yang biasa dilakukan semasa merokok dan
ubah rentak hidup anda dengan cara menjauhkan diri
daripada kalangan perokok serta melakukan aktiviti yang
boleh membuatkan anda lupa pada rokok terutama sekali
selepas makan |
|
|
|
|
- |
Elak dari melepak di tempat yang anda sering merokok
sebelum ini |
|
|
|
|
- |
Dapatkan sokongan daripada seseorang yang rapat dengan
anda |
|
|
|
Bekas penagih rokok sering memerlukan seseorang untuk
berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi setelah
berhenti merokok terutama ketika rasa gian.
Pengurusan berat badan
Majoriti daripada penagih rokok akan mengalami peningkatan
berat badan sebaik berhenti merokok. Kebanyakannya
meningkat kurang daripada 5 kilogram.
Berdasarkan laporan, kira-kira 10 peratus daripada bekas
perokok mengalami peningkatan berat badan sehingga 15
kilogram. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan selera
makan dan aktiviti pelarasan metabolisme dalam badan.
Kepada bekas perokok yang bimbang dengan keadaan berat
badan mereka, anda boleh menggunakan terapi nikotin yang
dapat melambatkan proses peningkatan berat badan selepas
berhenti merokok.
Kegunaan terapi nikotin
Seorang penagih rokok akan mengalami rasa gian yang kuat
pada dua minggu pertama selepas berhenti merokok.
Untuk berhenti secara efektif, penagih rokok boleh
menggunakan tiga jenis ubat nikotin iaitu gum, pelekat,
semburan hidung atau inhaler yang boleh didapati di klinik
atau farmasi.
Keempat-empat ubat nikotin ini boleh mengurangkan rasa
gian perokok tetapi ia tidak berfungsi sebagai penyembuh.
Pengguna yang membeli ubatan tersebut dari kaunter farmasi
dinasihatkan supaya mendapat penjelasan yang betul
mengenai teknik penggunaannya.
Fakta penting mengenai bahaya rokok
|
|
|
|
- |
Orang yang tidak merokok tetapi berada berdekatan
perokok (perokok pasif) seperti isteri, anak-anak dan
rakan sekerja menyedut sebanyak 75 peratus daripada asap
rokok yang dihembus keluar oleh perokok. Sedangkan perokok
hanya menyedut sebanyak 25 peratus daripada asap tembakau
yang dihisapnya |
|
|
|
|
- |
Racun di dalam asap rokok yang memasuki tubuh badan
boleh mendatangkan lebih daripada 20 penyakit kronik
seperti kanser. Kepekatan racun yang disedut adalah amat
tinggi dan berisiko besar menyebabkan kematian
|
|
|
|
|
- |
Wanita mengandung yang merokok akan mendapat kesan
pembalikan yang berbahaya terhadap kehamilan dan bayi yang
dikandung. Selain boleh mendatangkan masalah kepada uri,
keguguran spontan, bayi juga boleh dilahirkan tidak cukup
bulan atau meninggal dunia sebaik dilahirkan |
|
|
|
|
- |
Bagi lelaki yang merokok, bahan racun dalam asap rokok
boleh menjejaskan kesuburan mereka. Ia boleh mengurangkan
bilangan sperma dan merangsang pembentukan sperma tidak
normal. |
|