_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
  Remaja ketagih rokok kian membimbangkan
   
   

 

KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.

Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak- sanakan kerajaan, ia masih belum berkesan untuk membendung gejala merokok.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Projek Kaji Selidik itu, berkata jumlah wanita yang merokok di negara ini turut membimbangkan iaitu 174,000 orang dengan 68,000 berumur antara 35 hingga 44 tahun, 45,000 (25 hingga 34 tahun), 24,000 (45 hingga 54 tahun) dan 37,000 (55 hingga 64 tahun).

Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.

Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus).

   
 

Sumber: Berita Harian, 21/05/2007

   
 
   
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
   
 
 

_

 
   
     
   
     
   
     
 
  Nikotinex
 
  _  
 

 
     
 
  HARGA: RM 24.00
 
     
 
  Fakta Rokok
 
  _  
 

Tabiat merokok sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Dari jangkaan itu pula, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

_

Di negara kita, dianggarkan satu per empat dari kematian akibat penyakit mempunyai kaitan dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malah, menurut beberapa kajian yang dijalankan, seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua mereka.

 

  _  
 

Remaja ketagih rokok kian membimbangkan

_ _

Perokok pasif & perokok aktif

_ _

Asap rokok ancam nyawa anak, isteri

_ _
Rakyat Malaysia belanja RM90 juta sebulan beli rokok
_ _
Ketagih rokok - "Nak atau tak nak''
_ _
Tabiat merokok boleh membawa kepada ketagihan dadah
_ _
Asap rokok boleh menjejaskan kepintaran kanak-kanak
_ _
Tabiat merokok mengorbankan lebih daripada 8000 nyawa sehari
_ _
 
     
 

 
     
 
 
     
 
 

_

_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com