| |
Gila meroyan
MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita
tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini
ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang
wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.
Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai
tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan
fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah
loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan
bukan kehamilan yang diharapkan.
Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami
masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas
melahirkan anak.
Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi
dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan
menjaga bayi mereka.
Bagi masyarakat kita, ia dipanggil
meroyan atau
kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak.
Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh,
walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku
kepada semua bangsa.
Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes
bagi 1,000 kelahiran. Dalam budaya kita, wanita dalam
pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada
suami dan keluarga.
Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan
risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.
Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku
apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia
ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat.
Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh
menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.
Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor
Hamidah, ia juga
dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi
yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap
setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki,
risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah.
Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
| |
|
 |
Pernah
mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau
ahli keluarga (termasuk skizofrenia). |
|
_ |
_ |
 |
Perubahan
hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh
merangsang kemurungan). |
|
_ |
_ |
 |
Pertambahan
tanggungjawab. |
|
_ |
_ |
 |
Tekanan. |
|
_ |
_ |
 |
Kurang
sokongan keluarga. |
|
_ |
_ |
 |
Gangguan
psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau
pergaduhan. |
|
_ |
_ |
 |
Tidak cukup
tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan
anak. |
|
_ |
_ |
 |
Melahirkan
anak yang tidak dikehendaki. |
|
_ |
_ |
 |
Kekecewaan
akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi
dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya). |
| |
|
Bagaimana
hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami
masalah ini? Antara simptom meroyan ialah:
Bagi kes lebih
serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:
| |
|
 |
Hilang
pertimbangan |
 |
Berasa
benci kepada anak |
 |
Mengalami
delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar
seperti menganggap diri sebagai orang terkenal) |
 |
Mengalami
halusinasi (mendengar suara ghaib) |
 |
Terlintas
mahu membunuh diri |
| |
|
“Kemurungan
postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari
melahirkan anak dan ia berlanjutan sehingga melebihi dua
minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko
tinggi untuk mengalami masalah ini.
“Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami
masalah kemurungan. Jika seseorang wanita mengalami
kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko
tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya
dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus.
“Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko
tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan
selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru
dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby
blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab,
tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau
tujuh hari,” katanya.
Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’.
Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang
mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya
ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis,
berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah.
Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang
banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur
apabila paras hormon kembali normal.
Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua
minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa
isteri mendapatkan rawatan.
“Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga,
terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama
menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar
lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup.
“Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh
menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini
berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat
kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan
dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.
Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat
menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap
anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan
sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri.
Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang
atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita
tertekan dan murung selepas bersalin.
Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang
berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko
untuk mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa
menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini
membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan
postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran
merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak
membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat
rehat secukupnya.
Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga
berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes
sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat.
Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester
pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.
Rawatan
Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada
keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu
menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan
hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan
atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap
individu.
Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru,
beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan
mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata.
Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga
amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya
selepas bersalin kali pertama.
“Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke
dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan
hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan
anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai
persediaan, belajar ilmu keibubapaan.
“Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri.
Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak
supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran.
Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu
masalah ini,” katanya. |