|
Bulan
Pertama: |
|
Bayi yang
baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh
mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur
sepanjang hari. |
|
|
|
|
|
Bulan
kedua: |
|
Bayi akan
menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang
berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa
atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan
sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang
lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam. |
|
|
|
|
|
Bulan
ketiga: |
|
Bayi mula
mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis
dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada
peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya
ketika meniarap. |
|
|
|
|
|
Bulan
keempat: |
|
Bayi lebih
giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk
bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam
dan dia suka pada warna terang. |
|
|
|
|
|
Bulan
kelima: |
|
Berat badan
lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan
bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya
membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan
duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai
sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.
|
|
|
|
|
|
Bulan
keenam: |
|
Sekarang dia
boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan
pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia
juga mula menyebut beberapa bunyi. |
|
|
|
|
|
Bulan
ketujuh: |
|
Kebanyakan
bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh
memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari
satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri
boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan
munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah.
Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau
"dada". |
|
|
|
|
|
Bulan
kelapan: |
|
Bayi mula
berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya.
Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda
tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin
bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan. |
|
|
|
|
|
Bulan kesembilan: |
|
Sekarang
kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri
dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula
memahami arahan ataupun perkataan mudah. |
|
|
|
|
|
Bulan kesepuluh: |
|
Bayi mula
berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang.
Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan
mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali. |
|
|
|
|
|
Bulan kesebelas: |
|
Seorang bayi
mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang
waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri
atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk
mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan
sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh
bertutur beberapa patah perkataan yang boleh
difahaminya. |
|
|
|
|
|
Bulan
kedua belas:
|
|
Sekarang
bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang
pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan
dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa
barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang
permainannya. |
|
|
|
|