_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
  Bengkung
   
   
  Pengenalan
   
 

Bengkung - Untuk ramping selepas bersalin

Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.

Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan.

Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

Uniknya bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada tumbuhan semula jadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah.

Bahan-bahan semula jadi tidak mempunyai kesan sampingan yang membahaya sebaliknya membantu menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya.

Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber.

Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.

Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.

   
  Panduan Berbarut atau Berbengkung
   
  Perlukah saya memakai bengkung?
Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
   
  Jenis-jenis bengkung
   
  Bengkung Lilit
  Digunakan secara tradisional oleh wanita selepas bersalin. Perlukan  bantuan untuk memakainya.
   
  Bengkung Tali
  Moden & mudah dipakai. Sesuai untuk wanita selepas bersalin. Tidak perlukan  bantuan untuk memakainya.
   
  Bengkung Zap On
  Moden. Sesuai untuk lelaki & wanita. Mengempiskan perut.
   
   
 
  Anda perlukan bengkung?

 

 

Berita baik kepada kaum wanita dan gadis!

Dapatkan Pakaian Dalam Untuk Kesihatan Anda di Katalog Edaran Salindah sekarang!

 

   
   
 

 

Info Tambahan

Tiada kaitan dengan ibu bersalin

   
  Bengkung Ahli Silat
   

Bengkung ialah kain untuk dililitkan disekeliling pinggang pemakainya. Lebarnya adalah seluas tapak tangan dan panjangnya lebih kurang 2 depa. Dua bentuk ikatan bengkung ialah Ikatan Cindai Jantan dan Ikatan Cindai Betina. Terdapat sejenis bengkung yang dapat menunjukkan tahap pencapaian pesilat. Bengkung itu ialah Bengkung Pelangi. Antara fungsi bengkung ialah meyelamatkan perut pesilat daripada mudah ditembusi senjata tajam , menambah keselesaan dan kekemasan, dijadikan sebagai tali pengikat untuk mengikat musuh yang tertangkap dan untuk tujuan kecemasan.

   
 

[Dipetik dari laman info Silat Seni Gayong]

   
Pakaian Panglima
 

Pakaian Panglima - Baju Sikap ungu dipadankan dengan Baju Melayu dan bersamping songket, bengkung dan tengkolok

[Dipetik dari laman Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia: Kebudayaan Pakaian Perak]

   
   
   
   
   
 

 

 

 
     
 
  Fakta Ringkas
 

 

 

Bengkung digunakan secara tradisional untuk:
.
1.

Meramping dan megempiskan perut

2. Membentuk potongan badan dan punggung
3. Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang
4. Mengelakkan perut menggeleber
Jenis-jenis bengkung

Bengkung Lilit

Bengkung Tali

Bengkung Zap On

Bengkung Ahli Silat

 

 

  Salindah-Set Selepas Bersalin

 

Remedi istimewa menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tersebut...

 

_

 

 

 

 

 

 
 
     
     
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com