| Suami perlu diberi cuti khas jaga anak Kebanyakan negara Barat peruntuk sebulan untuk bantu isteri dalam pantang TATKALA wanita di negara ini masih memperjuangkan cuti bersalin sebanyak 84 hari berbanding 60 hari seperti yang ada kini, di Britain pula sedang sibuk berkempen untuk mendapatkan cuti panjang bagi bapa baru. Berita Harian, 20/06/2007 ARKIB: Sokong kemudahan cuti bersalin dipinda KUALA LUMPUR 4 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyambut baik tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminda kemudahan cuti bersalin pegawai kontrak bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan yang sama seperti pegawai tetap. Utusan Malaysia, 05/07/2005 Cuti bersalin 84 hari sedia dikaji KUALA LUMPUR 7 Julai - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia mengkaji permintaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya jumlah cuti bersalin ditambah daripada 60 hari kepada 84 hari. Utusan Malaysia, 08/07/2005 Usaha jadikan cuti bersalin 80 hari KUALA LUMPUR 24 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam usaha untuk melanjutkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 80 hari dalam sektor awam. Utusan Malaysia, 25/07/2006 Cuti bersalin 84 hari dapat reaksi positif PM KUALA LUMPUR 27 Julai – Keputusan mengenai cadangan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi sektor awam daripada 60 hari kepada 84 hari akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Utusan Malaysia, 28/07/2006 Lanjut cuti bersalin mungkin diperluaskan ke sektor swasta KUALA LUMPUR 28 Julai – Cadangan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi sektor awam daripada 60 hari kepada 84 hari mungkin diperluaskan kepada kakitangan sektor swasta bagi memberi keadilan kepada semua pekerja wanita. Utusan Malaysia, 29/07/2006 Cuti 84 hari sejajar Konvensyen ILO KUALA LUMPUR 28 Julai – Syor supaya tempoh cuti bersalin kakitangan awam dilanjutkan sehingga 84 hari adalah sejajar dengan ketetapan yang telah dibuat di dalam Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Utusan Malaysia, 29/07/2006 Tidak setuju cuti bersalin 84 hari CADANGAN Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menambahkan cuti bersalin kakitangan awam kepada 84 hari daripada asalnya 60 hari tentulah menggembirakan pekerja sektor awam. Utusan Malaysia, 31/07/2006 Setuju cuti bersalin 84 hari SAYA ingin memberikan pendapat berhubung cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai cuti bersalin selama 84 hari. Pada dasarnya ada pro dan kontra sekiranya cadangan itu dilaksanakan. Pendapat Kakitangan Awam Lelaki juga adalah dirujuk. Utusan Malaysia, 01/08/2006 Doktor wanita tidak setuju cuti bersalin 84 hari CADANGAN Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya cuti bersalin dipanjangkan sehingga 84 hari amat wajar dikaji dengan teliti dan mendalam sebelum dilaksanakan. Utusan Malaysia, 04/08/2006 Kekalkan cuti bersalin 60 hari SAYA menyokong penuh tulisan Doktor dan Ibu dari Ipoh dalam Forum, 4 Ogos 2006 bahawa cuti bersalin 84 hari itu adalah tidak munasabah dan keterlaluan. Utusan Malaysia, 11/08/2006 84 alasan untuk 84 hari cuti bersalin KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyediakan 84 alasan kepada Kabinet bagi menyokong cadangan melanjutkan cuti bersalin kakitangan awam sehingga 84 hari. Utusan Malaysia, 12/08/2006 Cadangan cuti bersalin 84 hari ditangguh PETALING JAYA 24 Ogos – Cadangan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi sektor awam daripada 60 hari kepada 84 hari terpaksa ditangguhkan kerana mendapat bantahan pelbagai pihak. Utusan Malaysia, 25/08/2006
Wanita Jepun luluskan sendiri cuti bersalin
Wanita Jepun luluskan sendiri cuti bersalin. PARA penggubal undang-undang
wanita yang bertugas di Parlimen Jepun berjaya meminda undang-undang kecil
meluluskan syor cuti bersalin untuk diri mereka baru-baru ini.
Utusan
Malaysia,
25/03/2000 Cuti bersalin NGO, MTUC sepakat tiga bulan Cuti tambahan ini juga bertujuan membantu ibu pulang semula bekerja selepas benar-benar sihat iaitu selepas habis pantang bersalin. Utusan Malaysia, 18/03/2000 Cuti bersalin tempoh tiga bulan wajar Pengerusi MTUC Bahagian Wanita, Silam Hassan yang turut mewakili kesatuannya ke persidangan tersebut di Geneva selama dua minggu bermula hari ini, berkata, persidangan ini merupakan bacaan kedua dan terakhir yang akan dibentangkan Utusan Malaysia, 29/05/2000 Rancang hamil: Syor tidak pratikal KUALA LUMPUR 25 Jun - Beberapa kesatuan guru menyifatkan saranan Kementerian Pendidikan yang meminta guru wanita merancang kehamilan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar sebagai tidak praktikal. Utusan Malaysia, 26/06/2001 Cuti bersalin - Kebajikan pekerja wanita diutamakan SUMBANGAN besar wanita dalam sektor tenaga kerja di negara ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebagai antara tunggak kepada perkembangan ekonomi negara, sewajarnya penglibatan mereka lebih dihargai. Utusan Malaysia, 26/02/2002 Undang-undang cuti bersalin perlu diperkemas SHAH ALAM 25 Sept. - Undang-undang mengenai cuti bersalin yang terkandung di dalam Akta Pekerja 1957 perlu diperkemas bagi memberi pelindungan dan faedah secukupnya kepada kaum wanita khususnya mereka yang bekerja. Utusan Malaysia, 26/09/2002 Isu keluarga bukan remeh Mukadimah KEHIDUPAN moden yang serba pantas dan mencabar, sedikit sebanyak mencetus tekanan ke atas institusi keluarga di negara ini.Memenuhi tuntutan kerja dan segala macam urusan lain membuatkan waktu yang diperuntukkan untuk bersama keluarga semakin kurang. Utusan Malaysia, 31/05/2003 Kaji semula cuti bersalin doktor wanita belajar di IPT PETALING JAYA 5 Sept. - Kerajaan digesa mengkaji semula amalan peruntukan cuti bersalin hanya dua minggu yang diberikan kepada doktor-doktor yang mengikuti pengajian ijazah sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan. Utusan Malaysia, 06/09/2003 Lelaki Britain dapat cuti enam bulan isteri bersalin LONDON 23 Dis. - Lelaki Britain yang bakal menjadi bapa mungkin akan menikmati cuti selama enam bulan apabila isteri mereka bersalin bagi membolehkan mereka menjaga bayi masing-masing. Utusan Malaysia, 24/12/2003 Cuti bersalin lima kali, bergaji penuh PUTRAJAYA 9 Jun - Semua pegawai kontrak dalam perkhidmatan awam di negara ini bakal menikmati kemudahan cuti bersalin sebanyak lima kali dengan bergaji penuh dalam waktu terdekat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin. Utusan Malaysia, 10/06/2005 |