Tujuan utama
jagaan waktu mengandung ialah menentukan kesihatan dan
kesejahteraan ibu dan bayi sehingga selamat melahirkan
anak.
Setiap pasangan
kelamin patut mempunyai rancangan tetapi pembangunan
keluarga mereka. Jika boleh, sediakan rancangan lima tahun.
Tegasnya setiap kehamilan adalah hasil rancangan lima
bukan sebagai satu kemalangan atau tidak disengajakan.
Sebelum kehamilan berlaku, wanita berkenaan sudah bersedia
dengan memenuhi beberapa syarat yang tersebut di bawah ini.
Di peringkat
awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami loya dan
muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.
Keadaan ini disebabkan
oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut.
Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh
jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga
menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini
mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua
wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan
tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau
ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga
akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan
sakit.
Masalah muntah
ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang
hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan
kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang
membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya.
Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di
masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan
air yang mengandungi logam menerusi saluran darah.
Muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara
sahaja.
Pada
kebiasaannya ia reda apabila kehamilan meningkat ke umur
empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita
yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan
anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah
khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak
bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin
menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya
jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana
sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam
kandungannya.
Ketika keadaan
muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan
biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan
makanan yang aneh seperti makanan yang masam. Kita
biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil.
Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis
makanan itu dengan segera. Orang-orang tua berpendapat
jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya
yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat.
Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau
sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini
adalah tidak benar.
Antara ubat yang
diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah
stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya
ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala
terhadap bayi yang dikandungnya.
Perut yang
semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya
tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai
stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini
dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi
sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat
umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada
kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama,
kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit
menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran
rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan
keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan
yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut
ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua
tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan.
Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus
peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas
stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi
parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah
hamil dan melahirkan anak.
Bisa
Hati
Seringkali juga
wanita yang hamil mengalami bias hati atau gastric.
Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam
perutnya. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika
hamil. Rahim yang kian membear menekan pada perut
menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh
menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu
hati. Masalah ini mudah diatasi dengan meminum lebih susu
dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan
makanan berdikit-dikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini
menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan
dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid
seperti gelusil actal atau magnesium
trisillicate.
Masalah urat
kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di
kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan
ini disebabkan oleh dua factor iaitu pertama kandungan
hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan salurand arah
membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat.
Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran
darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke
jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan
alirannya menjadi lambat.
Masalah ini
boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan
sangat nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku
dalam varicose veins dan ini adalah membahayakan
kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita memakai
elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu
dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan
di kedua belah kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika
menjalankan tugasnya juga dinasihatkan supaya kurang
berdiri ketika hamil. Jika boleh ia dinasihatkan lebih
banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari
bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.
Bengkak kaki
atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia
tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar
yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam
kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun
demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah
yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi
protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit
toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan
bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Dengan itu,
penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan
tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu
mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda
yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak
menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia
boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu
berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi
dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.
Sesetengah
wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya
di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh
kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit.
Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B
ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan
dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam
tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang
sesuai.
Sakit pinggang
dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang
sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan
meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh
kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia
juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat
kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil
ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan
rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan.
Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
Cramps
atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku
pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan
ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang
otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen
yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia
mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam
darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat
kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps
ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi
untuk mengukuhkan tulang dan gigi.
Sembelit kerap
berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan
perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon
progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat
diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan
melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis
ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik
bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan
daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di
bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala
menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika
sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku,
rawatan khususnya ialah dengan menggunakanubat yang
dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir.
Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.
Ada juga masalah
yang dialami ketika hamil itu memerlukan rawatan segera.
Masalah ini bukan sahaja melibatkan ibu, tetapi janin yang
dikandung juga boleh terjejas sekiranya ada tanda-tanda
seperti berikut:
Pendarahan
daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu
keadaan yang berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu
dan bayi yang dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat
awal, ini mungkin menandakan keguguran akan atau sedang
berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan, iaitu
selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan uri
di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan
juga mungkin menandakan kehamilan luar biasa seperti
kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur. Oleh itu
setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil
walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa.
Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk
mendapat rawatan yang selanjutnya.
Ketika hamil
beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku.
Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan
keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing.
Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu
seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika
berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya.
Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya
kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan
menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan
di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.
Di peringkat
akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala
bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap
kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga
mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali
berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu
penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung
untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada
dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman
pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan
jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada
kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan
sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh
juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan
yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.
Wanita yang
sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan
dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh
lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat
tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada
saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan
keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman yang kerap
menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang
digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah
dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan
dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap
malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik
juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan
hendaklah diberi perhatian yang rapi.