Bagi wanita yang
tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor-
faktor risiko ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat
masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.
Penyusuan susu ibu
Sejurus selepas
bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu
akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum
ini, seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak.
Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran
tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj,
maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu
berada di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis
dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu
bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga.
Setelah keluar dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan
oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat
lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi.
Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan
puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang
seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan
akhirnya kepada putih.
Enam minggu
selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor
atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir. Berat
badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya
akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang
wujud yang mungkin terlepas perhatian. Pada masa yang sama,
bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat.
Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil
sampel air kencing. Payudara, abdomen dan jahitan jika ada,
akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk
memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP Smear akan
diambil jika telah sampai masanya. Ibu boleh berbincang
dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.
Lelehan dari faraj
Berikutan
kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang
dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti
kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa
hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti
dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin atau tuala
lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang
keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya
jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon
digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan
mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz
asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia
akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang
menyusu.
Kesakitan
Jika perineum (kulit
di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau
jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi
tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan
kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan
bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil
ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau
mencurahkannya dengan air suam. Keringkan bahagian itu
dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke
bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk
mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu
terlalu dekat dengan kulit.