| Kesedaran untuk mendapatkan ilmu menguruskan diri sepanjang proses kehamilan mendorong pihak-pihak tertentu menganjurkan kelas-kelas antenatal. Dengan menghadiri kursus ringkas seumpama ini akan memberi faedah yang bukan sedikit, apatah lagi kiranya anda turut membawa pasangan bersama. Kelas-kelas yang bermula dari lapan hingga sepuluh minggu sebelum bayi dijangka lahir ini bukan sahaja memberi panduan penjagaan kesihatan malahan turut menyediakan kelas senaman antenal sepanjang kehamilan anda. Memilih kelas Tentukan dengan bijak kelas yang anda ingin hadiri. Sebaiknya pilihlah kelas yang merangkumi sesuatu topik itu secara pali~g mendalam. Terdapat tiga jenis kelas iaitu kelas yang diadakan di hospital, kelas tempatan dan kelas lain. Mungkin anda boleh melawat lebih dari sebuah kelas untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh. Namun, semua kelas ini menekankan tentang pelahiran dan kelahiran. Kelas di Hospital Kelas percuma ini merupakan sumber maklumat yang tidak ternilai tentang prosedur dan rutin di hospital tempat and a akan melahirkan nanti. Anda mungkin akan dibawa melawat bilik bersalin dan wad, satusatunya kelemahan kelas ini ialah biasanya besar dan syarahan diberikan beserta tayangan filem. lni agak menyukarkan anda bertanyakan soalan. Kelas Tempatan Tanya bidan and a tempat kelas ini diadakan. Kelas ini juga percuma tetapi biasanya lebih kedl dan mesra berbanding dengan kelas di hospital. Anda akan menemui bukan sahaja orang yang akan menjaga anda dan bayi anda yang baru dilahirkan tetapi juga bakal ibu yang lain. Kelas ini menitikberatkan cara menjaga bayi anda yang baru lahir meliputi proses melahirkan juga kelahiran. Sekiranya anda merancang untuk melahirkan di hospital, anda mungkin dibawa melawat hospital tersebut. Pasangan anda mungkin dipelawa mengikuti beberapa sesi keks. Kelas Lain Kelas ini dikendalikan oleh organisasi tertentu dengan dikenakan bayaran. Kelas ini menumpukan perhatian kepada senaman antenatal, termasuk juga teknik seperti cara relaks untuk membantu anda menghadapi proses kelahiran. Kelas ini juga merupakan tempat yang sesual untu bertemu dengan ibu-ibu lain di kawasan anda. Pasangan anda juga digalakkan menghadiri kelas-kelas ini. |