|
Pemeriksaan
kehamilan (urine pregnancy test atau UPT) menggunakan air
kencing adalah cara menentukan kehamilan yang popular
kerana ia:
| |
|
 |
Mudah
dilakukan |
 |
Mudah
didapati |
 |
Murah (dari
RM 5.00 ke atas sahaja) |
 |
Ada
'privacy' |
 |
Keputusan
segera |
| |
|
Perkara-perkara yang perlu disediakan
| |
|
 |
Alat untuk menguji air kencing |
| |
Ada beberapa
jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk
setiap unit. Setiap alat ini hanya boleh digunakan
sekali sahaja. Ada 3 jenis utama : |
| |
|
|
|
|
 |
Sehelai
kertas yang anda celupkan di dalam air kencing
yang telah ditakung. |
| |
|
|
 |
Alat
yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air
kencing ke atasnya |
| |
|
|
 |
Alat
yang tidak perlukan anda menakung air kencing,
sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat
tersebut pada air kencing semasa anda membuang air
kecil. |
|
|
|
|
 |
Air kencing |
| |
Penggunaan
air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang
terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi
dalam air kencing pada masa tersebut. |
| |
|
Persolan-persoalan yang sering ditimbulkan
Tepatkah keputusan yang diperolehi ?
Ketepatan ujian ini adalah dalam lingkungan 97% sekiranya
teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang
diberikan. Sila baca arahan yang ditulis pada label produk
sebelum melakukan ujian tersebut.
Macamana boleh timbul line / garisan pada alat tersebut
?
Garisan yang terbentuk adalah hasil tindakbalas hormon
yang ada di dalam air kencing dengan antibodi yang telah
diletakkan di atas kertas.
Apa makna garisan-garisan yang keluar tersebut ?
Garisan yang paling hampir dengan tempat air kencing anda
diletakkan memeriksa kandungan hormon di dalam air kencing
anda. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa
anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh
daripada tempat air kencing diletakkan bertindak sebagai
'control' untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli
itu dalam keadaan yang baik.
Sekiranya ada dua garisan yang muncul, anda disahkan
mengandung. Sekiranya hanya satu garisan sahaja yang
timbul, iaitu di garisan 'control', anda tidak
mengandung.Sekiranya tidak ada langsung garisan yang
timbul, alat yang anda beli tersebut mungkin tidak
berfungsi dengan baik. Dapatkan gantian dari tempat anda
membelinya.
Apakah hormon yang dikesan ?
Hormon yang dikesan kehadirannya di dalam air kencing
dinamakan human chorionic gonadotropin (hCG). hCG juga
sebenarnya boleh diukur di dalam darah, tetapi ia perlu
dilakukan di makmal.
hCG dalam badan manusia hanya dihasilkan oleh plasenta.
hCG dari plasenta ini dikeluarkan sebaik sahaja telur yang
telah disenyawakan berada di dinding uterine.
Alat UPT yang sensitif boleh mengesan kehadiran hCG di
dalam air kencing seawal 8 hingga 9 hari setelah proses
ovulasi (pengeluaran telur).
Kandungan hCG dalam plasma darah meningkat dua kali ganda
setiap sekurang-kurangnya 2 hari. Ia akan mencapai takat
maksimum pada hari ke 60 atau 70. Selepas hari tersebut,
kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10
minggu. Kandungan hCG akan berada di tahap tersebut
sepanjang anda mengandung. Kandungan hCG juga mungkin
masih boleh dikesan sehingga sebulan dua selepas
melahirkan bayi.
Bilakah saya boleh melakukan ujian kehamilan ini ?
Alat yang ada di pasaran berupaya mengukur kandungan hCG
di dalam air kencing serendah 20mIU/ml. Kandungan sebanyak
ini boleh dikesan dengan baiknya dalam masa sehari dua
selepas anda tidak datang haid pada hari yang sepatutnya.
Haid saya tidak menentu, bagaimana saya ingin
memastikan hari sepatutnya haid saya datang supaya saya
boleh melakukan ujian ini ?
Anda harus merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang
sekiranya kedatangan haid anda selalunya tidak menentu.
Gunakannya sebagai pengukur dan lakukan ujian sehari dua
selepas tarikh tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati
kerana jawapannya negatif (tidak mengandung), lakukan
ujian kedua selepas beberapa hari atau seminggu dari
tarikh ujian pertama.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian
menunjukkan saya mengandung ?
Anda patut merujuk kepada doktor sakit puan dengan segera
dan mengambil langkah-langkah yang perlu seperti
pengubahsuaian dalam cara kehidupan seharian anda.
Keputusan ujian saya positif (saya mengandung) tetapi
haid saya keluar !
Sekiranya anda mengalamai keguguran yang awal, ada
kemungkinan kandungan hCG masih boleh dikesan, menyebabkan
keputusan ujian positif. Anda juga dinasihatkan
mendapatkan rawatan lanjut dan melakukan ujian lanjutan
dengan segera.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian
menunjukkan saya tidak mengandung ?
Anda dinasihatkan melakukan ujian lagi dalam masa seminggu
sekiranya haid anda masih juga tidak datang. Sekiranya
keputusan yang sama diperolehi, iaitu anda tidak
mengandung, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan
segera.
Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan
tetapi memberikan keputusan yang negatif seperti ovarian
cysts, pendarahan tanpa ovulasi, dysfunctional uterine
bleeding, pelvic inflammatory disease (PID), polycystic
ovary disease, kanser ovarian dan menopause. Sila rujuk
kepada doktor sakit puan anda segera.
Bagaimana sekiranya saya membuat ujian dan ia negatif,
tetapi kemudiannya saya melihat garisan yang agak malap
muncul pada kertas ujian tersebut ?
Anda mungkin mengandung. Kandungan hCG yang rendah
menyebabkan kehadiran garisan tidak begitu terang. Anda
perlu membuat ujian lagi sekali. Anda juga perlu membaca
arahan yang diberikan dengan teliti. Sebagai contoh, anda
diperlukan menitik sebanyak 3 titis air kencing, tetapi
anda mungkin hanya menggunakan 2 titis sahaja. Begitu juga,
anda mungkin tidak menggunakan air kencing pada waktu yang
disarankan.
Sekiranya saya tidak menggunakan air kencing pada waktu
pagi, adalah keputusan yang didapati itu tepat ?
Kandungan hormon yang tinggi adalah dalam air kencing
pertama pada waktu pagi. Ini memberikan keputusan ujian
yang terang.
Sekiranya anda tidak boleh melakukannya pada masa tersebut,
anda boleh mengambil air kencing pada masa-masa lain.
Bagaimanapun anda dinasihatkan tidak membuang air kencing
4 jam sebelum ujian dilakukan. Anda juga dinasihatkan
tidak mengambil air terlalu banyak kerana ia mencairkan
air kencing, oleh itu kandungan hCG juga menjadi cair.
Adakah pengambilan ubat-ubatan akan mempengaruhi bacaan
?
Ubat-ubatan yang mengandungi hCG akan menyebabkan
keputusan positif yang palsu. Sila tanyakan doktor atau
ahli farmasi.
Adakah kemungkinan saya mengandung tetapi keputusan
ujian saya negatif.
Ada kemungkinan, walaupun sangat jarang berlaku. Sekiranya
anda percaya anda mengandung walaupun ujian kehamilan UPT
menunjukkan anda tidak, dapatkan nasihat lanjut dari
doktor sakit puan anda.
Selain daripada menentukan kehamilan, bolehkah UPT
menentukan kehamilan yang normal ?
Tidak, ujian UPT hanya mengesan hCG yang dikeluarkan oleh
plasenta. Ia tidak mengesan ketidak-normalan di dalam
kehamilan seperti kehamilan di luar rahim, dsb. Ini kerana
kehamilan seperti ini juga menghasilkan hormon hCG yang
sama. |