| Diet yang sihat dan seimbang perlu diberi keutamaan semasa dalam pantang di samping mengamalkan rawatan tradisional dan moden. Ini kerana pemakanan yang berkhasiat boleh membantu memulihkan semula tenaga, luka jahitan, menambah darah dan air susu. Untuk mendapatkan menu yang sihat dan mudah disediakan, cubalah resipi yang disediakan ini. |