|
Pakaian
mengandung
Sehingga lima atau enam bulan kemudian, banyak daripada
pakaian yang biasa anda pakai masih dapat dipakai lagi
jika pakaian itu longgar atau diubah suai.
Namun beberapa helai pakaian baru mungkin dapat
meningkatkan semangat anda. Anda tidak perlu membeli
pakaian mengandung yang istimewa. Yang penting pakaian itu
mesti selesa, mudah dijaga dan menarik.
Pilihan tepat
Anda cenderung
untuk berasa panas semasa hamil. Oleh itu, carilah pakaian
yang ringan, longgar dan diperbuat daripada kapas atau
gentian semulajadi.
Jika cuaca sejuk, pakai lebih d.ari selapis pakalan.
Elakkan diri daripada memakai pakaian yang ketat di
pinggang atau yang menghalang peredaran darah pada
bahagian kaki, contohnya stoking paras lutut yang ketat.
Kasut yang selesa dan bertumit rendah adalah penting.
Elakkan memakai kasut yang tidak bertumit. Tidak lama lagi
anda mungkin tidak dapat memakai pakaian renda bertali
kerana sukar untuk mengikatnya.
Seluar longgar dan memberi
Seluar panjang
berstail sut balapan adalah selesa dan tidak menyekat
pergerakan.
Ubahsuai supaya sesuai dengan garis pinggang anda dengan
menggantikan elastik pada pinggang seluar dengan tali.
Memakai gaun
Baju pinafor
segak dan serba guna. Pakai kemeja atau kemeja-T di
bawahnya pada hari sejuk.
Pastikan kelim
baju cukup panjang supaya baju itu tergantung sama rata
apabila anda bertambah besar. Baju mengandung biasanya 2.5
cm (1 inci) lebih panjang dihadapan untuk disesuaikan
dengan keadaan ini. |