|
Jarak antara haid
Jarak antara dua haid selalunya ialah 28 hari. Ia adalah
jarak antara hari pertama haid bulan ini dengan bulan
sebelumnya. Sekiranya ia tidak tetap, kira puratanya.
Sekiranya anda tidak pasti, letak 28 sebagai nombor yang
diperlukan.
Fasa luteum
Selepas proses ovulasi (pengeluaran telur dari follikel
yang telah matang), follikel akan membentuk corpus luteum.
Corpus luteum inilah yang mengeluarkan hormon
progesterone. Keadaan ini selalunya berpanjangan sehingga
12 - 13 hari kecuali dalam keadaan mengandung. Sekiranya
tidak mengandung, corpus luteum akan berhenti membuat
progesterone dan haid akan datang dalam masa sehari atau
dua selepas itu.
Bagi kebanyakan perempuan, fasa luteum ini adalah 14 hari.
Ada wanita yang tidak subur yang mengalami fasa ini dengan
lebih singkat. Untuk tujuan pengiraan sekiranya anda tidak
tahu, fasa luteum ini diambil sebagai 14 hari.
Conception
The day
you became pregnant - is estimated to have occurred about
14 days after the first day of your last menstrual period.
|