_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
   

 

   
  Perkembangan bayi dari bulan ke bulan
  Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
   
   

 

Ada wanita hamil yang mula mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin.Bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak,  sehinggalah ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin. Pengalaman yang tidak menyeronokan ini boleh memberi kesan trauma kepada ibu-ibu tadi untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Seharusnya pengalaman mengandung dan bersalin merupakan saat-saat yang wajar dinikmati penuh dengan rasa gembira dan selesa tetapi hakikatnya tidak semua wanita bertuah dapat menikmati detik seperti itu.

Menyedari masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Prof. Dr. Azizan Hj Ismail telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberap tahun. Akhirnya pada tahun 1981, SALINDAH telah diperkenalkan. SALINDAH merupakan set lengkap Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap dengan tiga bulan mengandung sehingga selepas waktu pantang. Kini SALINDAH sering menjadi pilihan bakal-bakal ibu serta disyorkan oleh doktor dan bidan. Ia banyak memberi kebaikan kepada wanita hamil.
 


PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN

Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.

 

 

 

BULAN PERTAMA

 

_

Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).

 

 

 

BULAN KEDUA

 

_

Pada hujung minggu kelapan lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

 

 

 

BULAN KETIGA

 

_

Menjelang bulan etiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat,  panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).

 

 

 

BULAN KEEMPAT

 

_

Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)

 

 

 

BULAN KELIMA

 

_

Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g).

 

 

 

BULAN KEENAM

 

_

Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).

 

 

 

BULAN KETUJUH

 

_
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

 

 

 

BULAN KELAPAN

 

_

Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).

 

 

 

BULAN KESEMBILAN

 

_

Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.

 

 

 

 

 

 

   
 
   
   
   
   
   
 
 

_

 
   
     
   
     
 

"Tiada Kesan Sampingan & Amat Selamat Digunakan"

 
     
   
     
     
     
   
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com