Merokok
merupakan hak asasi manusia, namun merokok merugikan
kesihatan tidak hanya bagi perokok itu sendiri tetapi juga
bagi orang lain di sekitarnya (perokok pasif). Padahal
mereka yang bukan perokok mempunyai hak untuk menghirup
udara bersih bebas dari asap rokok.
Merokok secara
pasif
Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut
asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara
pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap
aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream
smoke') mengandungi :
2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida
50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
3 kali lebih banyak tar
Kesan merokok secara pasif
Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
Sakit atau pedih mata
Bersin dan batuk-batuk
Sakit kerongkong
Sakit kepala
Risiko penyakit
Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok
pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
Penyakit jantung - 30%
Kanser - 25%
Kesan asap rokok pasif kepada ibu hamil dan janin
dikandung
Keguguran janin
Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
Kematian janin dalam kandungan
Pendarahan dari uri (abruption placenta)
Kurang berat badan - 20 hingga 30%
Kesan asap rokok
kepada bayi
Masalah dan penyakit pernafasan
Perkembangan kecerdasan otot terjejas
Jangkitan telinga
Leukeamia
Kanser otak 22%
Lelah - meningkat simptom lelah
Sindrom kematian secara mengejut
_
Nikotinex
_
HARGA:
RM 24.00
Fakta Rokok
_
Tabiat merokok
sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun
2020 dianggarkan 10 juta orang perokok di dunia akan mati
dalam setahun. Dari jangkaan itu pula, lebih 200 juta
kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati
akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati
disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan
tembakau.
_
Di negara kita,
dianggarkan satu per empat dari kematian akibat penyakit
mempunyai kaitan dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka
meningkat dari setahun ke setahun. Malah, menurut beberapa
kajian yang dijalankan, seorang daripada dua orang
pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah
kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh
daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia
tua mereka.