|
|
Dipetik dari Harian Metro Online:
(Artikel:
Nyawa ibu, anak terancam)
Jika tidak dirawat boleh
mengalami masalah kekurangan darah
MENGALAMI
pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan
hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk
mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang
kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak
dalam kandungan.
Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester
ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas)
terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal
rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.
Tanda utama
plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga.
Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada
kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia
boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini
boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas
beberapa hari atau minggu.
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia
bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem
darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan
kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi
dilahirkan.
Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada
darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat
bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak
dalam kandungan.
Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim.
Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak
ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi
yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan
memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan
masuk minggu ke-20.
Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih
80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan
semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal
di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar
(memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri
sehingga menyebabkan pendarahan.
Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5
peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi
risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh
menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan
darah (anemia).
Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana
Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata jika tidak
diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut
akibat kehilangan terlalu banyak darah.
“Wanita yang ada
masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina
selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak
menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana
pendarahan boleh
berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam
masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa
tanpa sebab.
“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan
bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya
wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major
perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana
pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila
bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan
menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.
Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim,
ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan
pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya
sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada
bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini
juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan
jantung berdegup cepat.
Punca, jenis dan faktor risiko
Sehingga kini
tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun,
ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak
normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat
pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak
normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
|
|
|
|
> |
Jenis I atau uri rendah.
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus)
tetapi tidak sampai ke pangkal rahim. |
|
_ |
_ |
|
> |
Jenis II atau pinggiran.
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi
tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang
ada masalah seperti ini masih perlu menjalani
pemeriksaan dari semasa ke semasa. |
|
_ |
_ |
|
> |
Jenis III atau separa. Uri
menutup separuh pangkal rahim. |
|
_ |
_ |
|
> |
Jenis IV atau lengkap. Uri
menutup seluruh pangkal rahim. |
|
_ |
_ |
Jenis I dan II dikenali sebagai
plasenta previa minor,
manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta
previa major yang sering menyebabkan pendarahan
membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta
previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah
ini dikategorikan sebagai
uri rendah dan hanya selepas
kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan
baru ia dipanggil plasenta previa.
Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan
memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk
mengurangkan komplikasi seperti:
|
|
|
|
> |
Pendarahan yang banyak. |
|
_ |
_ |
|
> |
Kelahiran pra matang (tidak
cukup bulan). |
|
_ |
_ |
|
> |
Kedudukan uri di bawah
juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak
betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama
bagi wanita yang mengalami plasenta previa major.
Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk
mendapat masalah plasenta akreta. |
|
_ |
_ |
|
> |
Plasenta akreta (uri
tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut
secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika
keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan
pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu.
Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia
menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak
dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku. |
|
_ |
_ |
|
> |
Plasenta abruptio. Uri
terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum
sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan
bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan
oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan
pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada
masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku. |
|
_ |
_ |
Adakah ia membahayakan bayi anda?
Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan
bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia
boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah
kekurangan darah.
Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari
kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin.
Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita
terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36
minggu).
Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika
kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan
keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika
dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.
Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi,
sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan
pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi
pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu
dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan
untuk memastikan ia tidak berulang.
Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah
jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan
kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan
kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.
Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak
mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di
hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38
minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.
“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih
hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi.
Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang
dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan
memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami
pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34
kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku
pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan
Caesarean,” katanya.
Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda
mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini
berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan
comel seperti orang lain.
Namun Dr Fatima menyarankan
wanita yang ada sejarah
plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan
sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda
penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya
anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,
termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.
Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor
mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak
pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan
aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku
pendarahan.
Kumpulan
berisiko
|
|
|
|
> |
Terlalu kerap mengandung
dan kehamilan yang terlalu rapat. |
|
_ |
_ |
|
> |
Pernah menjalani
pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu. |
|
_ |
_ |
|
> |
Pernah menjalani
pembedahan untuk membuang fibroid. |
|
_ |
_ |
|
> |
Mempunyai
luka pada rahim. |
|
_ |
_ |
|
> |
Pernah menjalani dilation
and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut. |
|
_ |
_ |
|
> |
Mengandung pada usia
terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35
tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan
umur. |
|
_ |
_ |
|
> |
Pernah mengalami masalah
plasenta previa pada kandungan terdahulu. |
|
_ |
_ |
|
> |
Mengandung anak kembar. |
|
_ |
_ |
|
> |
Merokok atau mengambil
dadah. |
|
_ |
_ |
|