|
Apakah yang dimaksudkan dengan imbasan ultrasound?
Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini
yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui
imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor.
Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0
megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat)
lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari
transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan
digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit)
kandungan rahim. Sinaran ultrasound yang berulang-ulang
akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser
yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan
ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor.
Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan
pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat
berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran
sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan,
saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.
Perlukah saya menjalani imbasan
ultrasound untuk kehamilan?
Imbasan ultrasound kini dianggap sebagai kaedah yang
selamat, 'non invasive', tepat dan menguntungkan. Ia telah
berkembang menjadi satu alat obstetrik yang sangat
diperlukan dan berperanan penting dalam penjagaan setiap
wanita hamil.
Bolehkan imbasan ini membantu mengenal pasti sebarang
masalah
berkaitan kehamilan dan bayi?
Ya, imbasan ultrasound dapat membantu mengenal pasti
sebarang masalah berkaitan kehamilan dan juga bayi. Ia
telah digunakan dengan meluas untuk:
| |
|
|
1. |
Mendiagnos
dan menilai kehamilan peringkat awal. |
| |
|
|
2. |
'Karung'
kehamilan boleh dilihat seawal 4˝ minggu kehamilan dan
karung yolka lebih kurang pada 5 minggu. Gema dan
denyutan jantung janin biasanya dikesan dengan jelas
pada 7 minggu kehamilan. |
| |
|
|
3. |
Diagnosis
awal untuk keguguran yang tidak dikesan, kehamilan
ektopi dan kehamilan molar. |
| |
|
|
4. |
Mengetahui
usia kehamilan dan menilai saiz janin. |
| |
|
|
5. |
Kepada
pesakit yang tidak pasti mengenai tarikh haidnya yang
terakhir, pengukuran ini perlu dibuat secepat mungkin
semasa kehamilan untuk menentukan tarikh kelahiran
yang betul. Apabila kandungan telah membesar, mengukur
parameter badan akan membolehkan anda menilai saiz dan
tumbesaran janin. Seterusnya ia amat membantu dalam
mendiagnos dan menangani tumbesaran janin yang
terbantut. |
| |
|
|
6. |
Penentuan
kedudukan uri. |
| |
|
|
7. |
Mendiagnos
kehamilan kembar. |
| |
|
|
8. |
Pengesanan
Oligohidramnios/Polihidramnios. |
| |
|
|
9. |
Pengesanan
awal kecacatan janin. |
| |
|
|
10. |
Lain-lain: |
| |
| |
|
|
- |
mengesahkan keguguran dan kematian janin dalam
rahim. |
|
- |
Mengesahkan keadaan janin. |
|
- |
Menilai
pergerakan janin, tonus dan pernafasan. |
|
- |
Mendiagnos sebarang keabnormalan pelvis dan rahim
semasa kehamilan seperti wujudnya Sista Ovari,
Fibromiomata. |
|
| |
|
Bilakah masa yang paling sesuai untuk menjalani imbasan
ultrasound?
Tiada ketetapan mengenai sekerap manakah anda perlu
menjalani imbasan ultrasound semasa hamil. Imbasan
diarahkan apabila terdapat sebarang keabnormalan yang
disyaki dari segi klinikal. Jikalau tidak, imbasan
biasanya dijalankan lebih kurang pada minggu ke tujuh
kehamilan untuk mengesahkan kehamilan, kehamilan kembar,
menyingkirkan kemungkinan kehamilan ektopi atau molar,
mengesahkan denyutan jantung dan mengukur panjang
kepalapunggung dari hujung ke hujung untuk menentukan
tarikh kelahiran.
Imbasan kedua
dilakukan pada 18-20 minggu untuk menentukan kecacatan
kongenital dan menentusahkan tarikh kelahiran dan
tumbesaran. Imbasan kali ketiga mungkin dilakukan sekitar
34 minggu untuk menilai saiz janin dan tumbesaran janin
serta menentusahkan kedudukan plasenta.
Berapa kerapkah saya perlu
menjalani imbasan ultrasound?
Bilangan imbasan
yang dijalani berbeza-beza bergantung sama ada imbasan
yang lalu telah mengesan sebarang keabnormalan yang
memerlukan penilaian susulan. Sama ada kehamilan perlu
diimbas secara rutin ketika usia kehamilan 18-20 minggu,
masih merupakan satu kontroversi.
Adakah imbasan ultrasound selamat
untuk bayi saya?
Imbasan
ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula
pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan
X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap
embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini.
Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi
dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh
terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam
eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal
mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah
diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan
merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia.
Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang
terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan
lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan.
Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik
digunakan apabila perlu. |