_ _ _ _
 
_
 

 

 
_ _ _ _
   

 

 

Laman Utama | Hubungi

 
 
_
 
   

 

 
 

Merancang keluarga, bolehkah ?

   
  _

 

Petikan dari ruangan Kemusyiklan Agama

JABATAN MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZWAN

 

Soalan

Assalammualaikum

 

Saya sudah berkeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata berumur diantara 7 bulan dan 6 tahun. Saya ingin menjarakkan kelahiran dengan menggunakan kaedah Intrauterine Contraceptive Device (IUCD).

 

Soalan saya, adakah kaedah IUCD ini dibenar oleh agama Islam kerana menurut seorang rakan, kaedah ini adalah haram dari segi hukum Islam.

 

Saya benar-benar inginkan kepastian memandangkan kami bercadang untuk berjumpa doktor secepat mungkin. Besarlah harapan saya agar soalan ini mendapat perhatian dari pihak tuan.

 

Jawapan:

 

Jawapan menggunakan kaedah IUCD

 

Kaedah IUCD ialah salah satu kaedah untuk mencegah penghamilan. Kaedah ini amat popular di kalangan msyarakat wanita di Amarika Syarikat. Tidak terkecuali juga di Malaysia, cuma bilangannya sedikit berbanding di Amarika Syarikat.

 

Daripada maklumat yang diperolehi kaedah ini ada kebaikan dan keburukannya. Namun untuk mendapatkan kepastian adalah dinasihatkan mendapatkan khidmat

nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Islam melarang pasangan suami isteri merancang untuk mengelakkan penghamilan secara berterusan atau erti kata lain menamatkan penghamilan. Islam juga melarang menjalankan kaedah perancangan keluarga sekiranya untuk kepentingan diri semata-mata. Seperti firman Allah:

 

 

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan” (Al-Baqarah: 195)

 

Namun begitu, Islam juga membenarkan seorang muslim merancang keluarga apabila timbul alasan-alasan yang munasabah atau timbul keadaan dharurat yang boleh diterima oleh syara’ seperti:

   
1.

Rasa bimbang terhadap kesihatan ibu sekiranya hamil atau mungkin juga untuk menjaga kesihatan ibu dari penyakit.

_ _
2.

Bimbang akan kesihatan anak-anak atau pendidikan anak-anak akan terjejas

dan merosot.

_ _
3.

Dikhuatiri anak yang sedang menyusu (penyusuan ibu) akan terganggu

tumbesarannya.

_ _
4.

Untuk tujuan ibadat. Takut kepada dosa kerana tidak berlaku adil kepada

anak-anak. Contohnya, anak-anak tidak dapat dikawal sepenuhnya

terhadap gejala sosial.

_ _
5.

Keadaan ekonomi rumah tangga yang tidak tetap atau tidak terjamin

menyebabkan tanggungjawab terhadap anak-anak terabai.

   

Keterangan di atas dijelaskan lagi dalam al-Quran:

 

 

Maksudnya:

“Allah menghendaki buat kamu yang mudah dan dia tidak menghendaki buat kamu yang menyusahkan kamu”. (Al-Baqarah: 185)

 

Nabi S.A.W. bersabda:

 

 

Maksudnya:

“Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan setiap orang dinilai menurut niatnya”. (Riwayat Bukhari Muslim)

   
   
   
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
   
   
   
   
 
 

_

 
   
     
     
   
 
_ _ _
 

© Copyright 2006. www.EdaranSalindah.com