You have no items to compare.


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Bersyukur kerana setelah hampir setahun bermula 2009, usaha pihak kami untuk menggantikan sistem order online OrderSaja yang menggunakan konsep Borang Order (Order Form) kepada sistem baru MYORDER menggunakan konsep Shopping Cart berjaya direalisasikan.
Sistem MYORDER secara rasmi menggantikan OrderSaja pada RABU, 07.07.2010.
Ini merupakan komitmen terbesar kami sepanjang beroperasi sejak 2006. Walau bagaimanapun, sistem MYORDER bukanlah penanda aras kepada kesempurnaan servis EDARAN SALINDAH tetapi permulaan kepada keazaman kami untuk memperbaiki kelemahan dari masa ke masa sebagai sebuah kedai online.
Mungkin ada antara Tuan/Puan/Sdr/Sdri yang masih baru atau masih was-was dengan transaksi pembelian secara online di internet. Sebenarnya kesangsian tersebut timbul mungkin kerana anda tidak faham langkah-langkah yang betul membuat order secara online. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan Panduan Membuat Order yang boleh anda rujuk & muat turun (download).
Diharapkan panduan ini dapat membantu anda memahami langkah-langkah yang betul membuat order produk-produk EDARAN SALINDAH seterusnya mengubah persepsi anda bahawa membuat order online bukanlah terlalu sukar & kompleks.
Sekian. Wassalam.

EDARAN SALINDAH