You have no items to compare.
PANDUAN MEMBUAT BAYARAN

RINGKASAN:
Sistem MYORDER menyediakan 2 pilihan cara membuat bayaran order anda yang ditentukan semasa proses Checkout iaitu sama ada:
1. Online Payment Gateway, atau
2. Bank Transfer
INFO LANJUT:
1. Online Payment Gateway
Kaedah bayaran Online Payment Gateway dikendalikan oleh sistem bayaran online NBepay. Pelanggan akan dibawa ke laman sistem NBepay setelah order disahkan semasa proses Checkout.
Bayaran yang diterima termasuklah VISA & MASTERCARD. Pilihan bayaran ONLINE akan membuat pautan terus ke saluran bayaran berkenaan secara real-time. Status order anda akan terus dikemaskini dari status Pending kepada Processing jika bayaran berjaya (successfull).
Pilihan ini membolehkan pelanggan Buat Order & Terus Bayar.
2. Bank Transfer
Pilihan kaedah bayaran Bank Transfer membolehkan para pelanggan membuat bayaran ke Akaun Bayaran rasmi EDARAN SALINDAH sama ada MAYBANK, CIMB atau BANK ISLAM. Bayaran boleh dibuat sama ada secara Fund Transfer perbankan Internet: maybank2u, CIMBclicks atau BankIslam.com, Deposit Tunai/Cek, ATM Transfer. Status bayaran tidak dikemaskini sehingga ia dimaklumkan sama ada melalui SMS / MMS / E-Mail / Faks.
Pilihan ini membolehkan pelanggan Buat Order & Bayar Kemudian.
PANDUAN LENGKAP:
Untuk mendapatkan panduan lengkap, langkah demi langkah bagaimana membuat pendaftaran pengguna (customer registration) dan seterusnya membuat order, sila rujuk atau muat turun Panduan Membuat Order.