Skip to Store Area:

PANDUAN MEMBUAT ORDER

panduan pengguns sistem myorder

 

RINGKASAN:

Sistem kedai online MYORDER  untuk EDARAN SALINDAH boleh dicapai secara terus melalui alamat web
http://www.EdaranSalindah.com/myorder atau http://www.myorder.com.my

Secara ringkasnya, untuk membuat order produk-produk EDARAN SALINDAH and perlu:

1. Log In sebagai User
2. Buat Order
3. Buat Bayaran & Maklumkan Bayaran

 

INFO LANJUT:

1. Log In sebagai User

Jika pendaftaran anda sebagai pengguna sistem MYORDER telah disahkan, Log In melalui pautan di bahagian atas web. Jika belum, anda boleh klik pada Create An Account. Sistem MYORDER menggunakan alamat e-mail anda sebagai login-id, manakala katakunci (password) adalah pilihan anda sendiri. Pada bila-bila masa jika anda terlupa katakunci, anda boleh klik Forgot Your Password? untuk mendapatkan katakunci baru.

Bagi anda yang telah biasa dengan laman Blog, Forum atau laman sosial Facebook, proses pendaftaran sistem MYORDER adalah hampir sama di mana pra-pendaftaran akaun anda perlu disahkan dengan mengklik satu pautan (link) dalam email yang dihantar ke alamat email yang anda daftarkan. Sila pastikan anda menggunakan alamat e-mail sebenar (real e-mail account) semasa membuat pra-pendaftaran akaun.

Semak INBOX akaun e-mail anda untuk pengesahan akaun MYORDER.
 

NOTA:
Semak juga senarai SPAM kerana kemungkinan e-mail tersebut masuk di situ bergantung kepada Spam Policy Settings akaun e-mail anda.

 

2. Buat Order

Untuk membuat order, anda hanya perlu klik Add to Cart mana-mana produk yang anda bercadang untuk beli.

Untuk lihat senarai produk yang telah anda pilih, klik My Cart. Di sini anda boleh Ubah Kuantiti, Mengaplikasi Kod Diskaun (Discount Codes) atau buang (Delete) produk dari bakul membeli-belah (Shopping Cart) anda sebelum anda membuat pengesahan pembelian (Checkout).

Untuk membuat pengesahan pembelian, klik Checkout. Di sini anda akan diminta untuk menentukan alamat penghantaran order (Shipping Information), kaedah bayaran pilihan anda (Payment Information) serta beberapa maklumat lain.

Dua kaedah bayaran pilihan anda adalah [1] Online Payment Gateway: untuk bayaran melalui Visa/Mastercard. Sah untuk jumlah caj minima RM100.00.  [2] Bank Transfer: untuk bayaran ke akaun MAYBANK, CIMB atau BANK ISLAM (info No. Akaun ada dicatat pada rekod order/invois). Tiada had minima jumlah pembelian untuk kaedah Bank Transfer.

Klik butang Place Your Order untuk teruskan/menyempurnakan preses tempahan anda.

Satu salinan rekod order akan dihantar ke alamat email anda dan boleh juga dirujuk melalui pautan My Account sistem MYORDER.

 

3. Buat Bayaran & Maklumkan Bayaran

Adalah penting bagi anda membuat makluman bayaran melalui SMS diTURUTI  dengan SALINAN SLIP BAYARAN sama ada melalui MMS, EMAIL atau FAKS. Makluman anda mestilah mengandungi maklumat  [1]ORDER#, [2]NAMA BANK & JUM BAYARAN, [3]NAMA PENERIMA ORDER & [4]NAMA PEMBAYAR (jika lain dari NAMA PENERIMA ORDER).

 

PANDUAN LENGKAP:

Untuk mendapatkan panduan lengkap, langkah demi langkah bagaimana membuat pendaftaran pengguna (customer registration) dan seterusnya membuat order, sila muat turun PANDUAN PENGGUNA SISTEM MYORDER dari pautan di bawah.

download panduan sistem myorder