Skip to Store Area:

TERMA & SYARAT MYORDER

panduan pengguns sistem myorder

 

MYORDER: 

1. MYORDER adalah sistem pesanan  dalam talian (online) produk-produk EDARAN SALINDAH di alamat URL http://www.EdaranSalindah.com/myorder

Nota:
JANGAN membuat order jika anda TIDAK BERCADANG MEMBELI & MEMBUAT BAYARAN bagi melancarkan proses pesanan tulen.

2. Tiada kadar minima pesanan MYORDER. Setiap pesanan dikenakan caj penghantaran berdasarkan berat & lokasi penghantaran kecuali dinyatakan sebaliknya. Caj produk & kos penghantaran dikira secara automatik oleh sistem MYORDER.
3.

Sistem MYORDER hanya menerima tempahan untuk penghantaran dalam Malaysia termasuk Malaysia Barat (WM: Semenanjung Malaysia) dan Malaysia Timur (EM: Sabah, Sarawak & W.P Labuan).

4. Rekod transaksi pesanan MYORDER dianggap Sah (valid) dari tarikh & masa diterima sehingga 3 hari bekerja sebelum ia dibatalkan. Walau bagaimanapun,  jika anda memerlukan masa melebihi 3 hari untuk menjelaskan bayaran, sila maklumkannya kepada EDARAN SALINDAH agar rekod pesanan anda tidak dibatalkan sehingga bayaran jelas.
5.

Setiap transaksi  MYORDER mempunyai Order Number (Order#). Gunakan nombor tersebut semasa membuat pertanyaan dan Makluman Bayaran.

6.

Pesanan MYORDER hanya akan diproses untuk penghantaran ke Alamat Penerima (Shipping Address) setelah Makluman bayaran disahkan.

7.

Setiap bayaran MESTI DIMAKLUMKAN bersama salinan SLIP BAYARAN. Nyatakan Order#, Nama Penerima Order & No. Telefon bersama makluman tersebut.

8. EDARAN SALINDAH berhak untuk membatal atau menolak sebarang pesanan yang dibuat dengan alasan munasabah.
9. EDARAN SALINDAH berhak untuk menuntut bayaran tambahan bagi Kos Penghantaran (jika berkenaan).
10. EDARAN SALINDAH tidak mempunyai wakil penjual kecuali ada disebut secara rasmi di laman web ini.

 

KAEDAH &  AKAUN BAYARAN:

1. MYORDER menyediakan dua pilihan Kaedah Bayaran iaitu:
   
A. MYORDER menyediakan dua pilihan Kaedah Bayaran iaitu:
 

Kaedah bayaran Online Payment Gateway dikendalikan oleh sistem bayaran online NBepay. Pelanggan akan dibawa ke laman sistem NBepay setelah order disahkan semasa proses Checkout. Bayaran yang diterima termasuklah VISA &, MASTERCARD. Pilihan bayaran ONLINE akan membuat pautan terus ke saluran bayaran berkenaan secara real-time. Status order anda akan terus dikemaskini dari status Pending kepada Processing jika bayaran berjaya (successfull).

Pilihan ini membolehkan pelanggan Buat Order & Terus Bayar.


 
B. Bank Transfer
 

Pilihan kaedah bayaran Bank Transfer membolehkan para pelanggan membuat bayaran ke Akaun Bayaran rasmi EDARAN SALINDAH sama ada MAYBANK, CIMB atau BANK ISLAM. Bayaran boleh dibuat sama ada secara Fund Transfer perbankan Internet: maybank2u, CIMBclicks atau BankIslam.com, Deposit Tunai/Cek, ATM Transfer. Status bayaran tidak dikemaskini sehingga ia dimaklumkan sama ada melalui SMS / MMS / E-Mail / Faks. Nombor Akaun Bayaran akan disertakan dalam rekod order untuk rujukan semasa membuat bayaran.

Pilihan ini membolehkan pelanggan Buat Order & Bayar Kemudian.

   
2. EDARAN SALINDAH tidak menerima bayaran lain dari yang dinyatakan oleh Kaedah Bayaran.
   
3. EDARAN SALINDAH tidak melantik mana-mana pihak untuk mengutip bayaran pendahuluan pesanan selain dari yang dinyatakan oleh Kaedah Bayaran.
   
4.0 Order anda hanya akan diproses untuk penghantaran setelah bayaran disahkan (Pre-paid Order).  Post-Paid  order hanya diterima untuk kaedah C.O.D (rujuk laman utama, seksyen Kaedah Order).

Nota:
Pihak kami tidak memproses kurier bagi makluman bayaran palsu.

 

PEMPROSESAN ORDER UNTUK PENGHANTARAN:

1.0 Pemprosesan order untuk penghantaran bagi-order-order yang telah disahkan bayarannya dibuat secara kelompok (batch). Terdapat empat (4) kelompok proses penghantaran dalam seminggu bagi hari bekerja iaitu ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS.
2. Kebiasaannya, order yang telah dimaklumkan & disahkan bayarannya (Order Sah ) pada hari bekerja semasa akan dimasukkan dalam kelompok kurier hari bekerja berikutnya.
3. Order Sah pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum hanya akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
4. Hari Bekerja & Cuti Umum merujuk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5.

Sila pastikan anda membuat Makluman Bayaran sama ada melalui SMS/MMS ke talian telefon 019-3400-826 ATAU e-mail ATAU Faks bagi mengelakkan kelewatan proses penghantaran.

 

KHIDMAT PENGHANTARAN:

1.0 Khidmat penghantaran yang digunakan untuk penghantaran adalah sama ada CITY-LINK, POSLAJU atau  POS BIASA (PARCEL) oleh POS MALAYSIA. Pemilihan khidmat penghantaran adalah berdasarkan kepada Khidmat Terbaik (the best service) yang ditentukan oleh pihak pengurusan EDARAN SALINDAH.
2. POS BIASA merupakan pilihan ketiga dan digunakan untuk memenuhi bajet caj penghantaran. Ini berlaku bagi order yang melebihi 2.0KG untuk penghantaran ke Malaysia Timur (EM).
3. Ketiga-tiga khidmat penghantaran ini adalah selamat tetapi  mempunyai tempoh penghantaran yang  berbeza antara 1 hari hingga 14 hari bekerja.
4. Tempoh normal penerimaan order kebiasaannya adalah antara 3 hingga 7 hari bekerja selepas dari tarikh proses penghantaran dibuat bagi khidmat CITY-LINK. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh berubah bergantung kepada kesediaan stok produk dan pihak ketiga (Kurier).
5.

Status penghantaran (kurier) boleh disemak secara online melalui pautan

http://www.edaransalindah.com/semakkurier

6. Khidmat penghantaran terus oleh Mobile Stockist ke premis (rumah / pejabat) hanya disediakan untuk kawasan & produk terpilih ke kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur & sekitarnya. Info lanjut rujuk laman utama, seksyen Kaedah Order untuk kaedah order COD.

 

POLISI PEMBATALAN & PEMULANGAN:

1.0 EDARAN SALINDAH tidak menerima pembatalan Order yang telah dibayar. Walau bagaimanapun membenarkan pertukaran produk pada nilai setara hanya jika ia belum dikurierkan. Pelanggan perlu membuat order baru dengan Order# baru. Order# sebelumnya akan dibatalkan bagi situasi tersebut.
2. Pemulangan produk hanya diterima bagi tujuan penukaran disebabkan kesilapan penghantaran atau kerosakan atau telah tamat tempoh  guna semasa ia diterima.


MAKLUMBALAS PESANAN:

1.0 Sila maklumkan penerimaan produk pesanan kepada EDARAN SALINDAH setiap kali anda menerima produk yang dipesan melalui SMS, E-mail atau panggilan telefon.
2.

Sila hubungi EDARAN SALINDAH jika anda tidak menerima produk pesanan SELEPAS 3 hari bekerja dari tarikh kurier dibuat. Alternatif, anda boleh semak & jejak status parcel ada secara online di

http://www.edaransalindah.com/semakkurier