Laman Utama Produk Order Bayaran Hubungi
     
   

_

 
   
  _BERKENAAN PRODUK_
   
   
  PRODUK DALAM EDARAN
   
 
Produk utama yang ditawarkan oleh perniagaan EDARAN SALINDAH adalah formula istimewa yang dihasilkan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Bin Hj Ismail berasaskan perubatan Homeopati, Biokimia Schuessler & Herbalisme. Produk popular beliau termasuklah Salindah & Examo serta rangkaian produk lain yang berkaitan.
   
   
  PERUBATAN ALTERNATIF
   
 

Perubatan Homeopati, Biokimia Schuessler, Herbalisme dan Aromaterapi tergolong dalam perubatan alternatif adalah sangat berkesan dan mustajab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Kaedah perubatan alternatif mempunyai ciri-ciri istimewa membezakannya dengan perubatan konvensional yang begitu sinonim dengan masyarakat kita. Walaupun perubatan konvensional berpengaruh tetapi ini bukan bererti ia lebih baik dan sempurna. Antara ciri-ciri perubatan alternatif ialah:

 

Saintifik

 

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah menurut kaedah moden dan saintifik. Kajian yang dijalankan adalah terhadap manusia dan bukannya terhadap haiwan makmal seperti yang lazimnya diamalkan dalam perubatan konvensional. Hanya melalui cara ini dapat dihasilkan keputusan yang tepat dan berguna.

 

 

Efektif

 

Kajian dan penyelidikan yang teliti dengan rakaman pemerhatian yang kemas dan perumusan yang tepat menjadikan perubatan alternatif sangat berkesan dalam mengatasi pelbagai penyakit akut dan kronik.

 

 

Selamat

 

Perubatan alternatif lazimnya tidak mempunyai kesan sampingan dan dengan itu adalah lebih selamat digunakan biarpun dalam tempoh yang lama. Ciri istimewa inilah yang menyebabkan perubatan alternatif mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia yang kian sedar tentang perlunya kaedah perawatan efektif dan selamat.

 

 

 

 

Ketiga-tiga sistem perubatan alternatif ini semakin popular di kalangan masyarakat di negara ini. Antara faktor utama masyarakat mula menerima sistem perubatan ini adalah bertitik tolak daripada kesedaran dan hasrat mahu menjauhi ketidaktentuan perubatan konvensional yang mendatangkan kesan keracunan dan kesan sampingan serta pelbagai masalah kesihatan lain kepada pengguna,

 

 

 

HOMEOPATI, BIOKIMIA & HERBALISME

 

Melalui usahasama dengan Perkhidmatan Perubatan Homeopati dan Biokimia Sdn Bhd., syarikat Era Edar Markerting Sdn Bhd juga telah berjaya membina sebuah kilang farmaseutikal, Homeofarma Sdn Bhd. yang bernilai melebihi RM 17 juta di Jitra, Kedah. Kilang ini merupakan kilang pertama di Asia Tenggara yang akan memproses ubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang memenuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) antarabangsa.

 

_

Homeopati

 

Sistem perubatan Homeopati telah diperkenalkan oleh seorang doktor bangsa Jerman yang bernama Dr. Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Kajian beliau telah dijalankan bermula 1796 lagi.

[ Info Lanjut ]

Biokimia

 

Sistem Perubatan Biokimia telah diperkenalkan oleh DR. Williem Helmut Schuessler dari Oldenburg, Jerman dalam tahun 1873.

[ Info Lanjut ]

Herbalisme

 

Herbalisme adalah jenis perubatan yang paling awal dikenali dan diamalkan oleh manusia. Sebelum terciptanya haiwan dan manusia dibumi ini, bumi telah dipenuhi oleh beraneka jenis tumbuhan. Apabila haiwan dan manusia mula mendiami bumi, mereka mula bergantung pada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan.
[ Info Lanjut ]

PERUBATAN ALTERNATIF DALAM MEDIA

 
Prof. Dr. Azizan Ismail ketika diwawancara di dalam slot Malaysia Hari Ini (MHI), TV3
Napsiah gesa martabatkan perubatan homeopati, Sinar Harian 3/12/2007
Foto sekitar Majlis Konvokesyen KOLEJ HOMEOPATI DARULAMAN pada 1hb DIsember 2007 di Kuala Lumpur International Hotel.
   
   
 
 
 
Lompat ke bahagian atas dokumen...
 
 
  Pengasas Produk Popular Salindah & Examo
 

"Akan tiba masanya nanti apabila ubat adalah dari makanan dan makanan adalah ubat"

Allahyarham Profesor Dr. Azizan Bin Hj. Ismail

(1 Mac 1949  - 2007)

 
 
 
 
 
 
   
   
   

 

. . .
. . .
© Hakcipta 2006 -EDARAN SALINDAH (001768786-H)
Laman Pelanggan | Terma Order | Peta Laman

Dibangun & Diselenggara Oleh: