Examo – Produk Halalan Toyyiba

Ini merupakan penjelasan rasmi saya terhadap pertanyaan pelanggan setia saya yang membeli produk melalui laman web rasmi EDARAN SALINDAH (www.EdaranSalindah.com). Pertanyaan tersebut sebenarnya diajukan melalui laman komuniti Facebook EDARAN SALINDAH (www.facebook.com/edaransalindah). Saya tuliskan di sini supaya ia boleh dibaca oleh lebih ramai orang.

Saya cuba jawab dengan ringkas sahaja. Moga ia bermanfaat.

 

PERTANYAAN:

examo-ckm500

PENJELASAN:

Untuk pengetahuan, produk Examo dikeluarkan oleh syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd (ERA EDAR) melalui kilang  Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd (HOMEOLAB). Kedua-dua syarikat ERA EDAR & HOMEOLAB adalah milik 100% Bumiputra Islam dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Dr. Azizan (KUSDA).  Dr. Azizan (Allahyarham Prof. Dr. Azizan bin Ismail) merupakan pengamal perubatan Homeopati di Malaysia yang juga pengasas kepada produk-produk terkenal Examo, Salindah, Matsa, Susu Bio-Lac, Growell & rangkaian produk lain.

Semua produk yang dihasilkan oleh Dr. Azizan merupakan produk yang berpegang kepada prinsip HALALAN TOYYIBA: Produk Halal & Baik Untuk Kesihatan. Bagi orang Islam, pemilihan produk HALALAN TOYYIBA adalah suatu kewajiban kerana ia mempengaruhi Rohani & Jasmani seseorang secara langsung.

Dengan lambakan produk di pasaran yang kebanyakkannya dihasilkan oleh orang bukan Islam untuk orang Islam maka satu piawai (standard) diperlukan sebagai rujukan pengguna Islam untuk membuat pilihan produk HALAL.

NOTA: Produk Halal idak semestinya mempunyai prinsip ke-2 iaitu Toyyiba. Contohnya, produk air bergas (berkarbonat). Ia Halal tetapi tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi gula yang tinggi dan mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis.

Dalam kes produk Examo, pihak pengeluar menggunakan logo PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) & ia ada dicetak di luar kotak produk.

 

examo-ckm500

Pihak pengeluar memberi jaminan bahawa semua produk yang dihasilkan oleh mereka termasuklah produk Examo adalah 100% Halal & Toyyiba.

Maksud Toyyiba
Sumber Rujukan: Halalan Toyyiba Asas Keutuhan Ummah, http://melaka.uitm.edu.my

Ibn kathir di dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa: perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak . Thoyyiba  merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan yang halal di sisi syara’ adalah makanan yang bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudharatan, sebaliknya sesuatu makanan yang haram sekalipun lazat rasanya, harum baunya tetap keji di sisi Allah SWT.

 

order salindah set hamil & set bersalin

.

Ulasan Oleh:

ABDULLAH BIN ISMAIL
Pengurus Operasi
EDARAN SALINDAH
Blog:    www.EdaranSalindah.com
Shop:   www.MyOrder.com.my
Email:  admin@edaransalindah.com
Mobile: 019-3400 826  (Call/Sms/Mms/WhatsApp/Viber/LINE)
Fax:    03-6184 2545

Edaran Salindah @ facebook.com
Page:    https://www.facebook.com/edaransalindah
Groups: https://www.facebook.com/groups/rakanedaransalindah

 

Both comments and pings are currently closed.